Bekas Orang Gaji Indonesia Aliff Syukri Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 7 Tahun

Bekas Orang Gaji Indonesia Aliff Syukri Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 7 Tahun



Bibik kepada Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang menjadi viral kerana mencuri telah didakwa di mahkamah baru-baru ini.

Wanita berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan mencuri tiga utas gelang tangan berjumlah lebih RM1,500 milik isteri Aliff Syukri.

Nama sebenar pekerja Indonesia itu ialah Sundari yang berumur 40 tahun.

Walaubagaimanapun, wanita itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Bibik tersebut tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Pihak Pendakwa Raya tidak menawarkan sebarang jaminan  kerana tertuduh adalah warga asing.  Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Kes curi oleh orang gaji Aliff Syukri mengejutkan jutawan tersebut dan menyebabkan dia mengamuk kerana banyak hartanya yang dicuri dianggar bernilai lebih RM100 ribu.


Aliff Syukri memuatnaik beberapa video yang menajdi viral di laman media.

Sumber: Bernama
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment