Bekas Isteri Kedua Adi Putra Dihadap Ke Mahkamah
Adi Putra sebelum ini telah bercerai dengan kedua-dua isterinya. Ini merupakan berita tentang bekas isteri keduanya iaitu Norshahida.
Norshahida Zolkifly merupakan bekas pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia.
Wanita ini telah dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis.
Mengikut pertuduhan, Norshahida didakwa melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan pekan Nilai tanpa kebenaran yang dilakukan pada 6 Julai lalu kira-kira pukul 3 petang di Silka Maytower Hotel dan Serviced Residences Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Setelah pertuduhan dibacakan, Norshahida membuat kenyataan dengan mengaku tidak bersalah.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh mematuhi perintah pengawasan sedia ada. Majistret menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Sumber: Bernama/Rotikaya
Blogger Comment
Facebook Comment