Ubati Stress Dengan 7 Jenis Makanan Ini

Image result for yogurt


Sesetengah orang suka makan apabila dilanda masalah atau tertekan dengan pelbagai situasi yang mendesak. Perkara ini sememangnya benar-benar terjadi. Atas sebab itu, ada yang naik berat badan ketika melalui detik-detik sukar. Tidak salah untuk makan, tetapi pilihlah makanan yang menyihatkan dan menenangkan seperti berikut:
1) Oat bersama serbuk kayu manis dan madu
Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan sedikit serbuk kayu manis untuk menghilangkan stress dan juga madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.
2) Coklat gelap bersama kacang badam
Makan coklat gelap dapat menggalakan perembesan hormon yang mencetus rasa gembira. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan enak ini dapat membantu anda kekal tenang dan paling penting, tidak menggemukkan!
3) Smoothies
Kisarkan susu (sama ada susu skim, susu segar, susu soya, dan sebagainya) bersama buah-buahan. Anda juga boleh mencampurkan serbuk coklat atau vanilla ke dalam smoothies anda.
4) Kekacang dan biji-bijian
Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci! Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kekacang dapat menurunkan tekanan dan menggalakkan perembesan hormon yang baik.
5) Keledek
Sudahlah manis, sedap, dan kaya nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Ia mengenyangkan dan juga sedap!
6) Yogurt dengan buah beri
Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia merupakan sumber protein yang memberi tenaga dan merembeskan hormon anti stress. Anda juga boleh tambahkan buah-buahan manis untuk menambah rasa, sekaligus mencetus sistem imuniti badan.
7) Teh hijau
Asid amino yang ada dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda untuk kekal fokus dan tenang.
Sumber : wanista.com


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment