"Tiga Tahun Ada Masalah Rumah Tangga, Tak Nampak Jalan Penyelesaian" - Ezlynn

"Tiga Tahun Ada Masalah Rumah Tangga, Tak Nampak Jalan Penyelesaian" - Ezlynn



Penyanyi Ezlynn memberitahu bahawa masalah rumah tangganya bermula sejak tiga tahun yang lalu.

Namun sepanjang tiga tahun itu, perkahwinan tetap dipertahankan atas saranan mahkamah syariah.

Begitupun, selepas tempoh itu hubungan Ezlynn dan suaminya bernama Adam Fahmy tidak dapat diselamatkan susulan tiada persefahaman.


Ini pendedahan Ezlynn:

"Kemelut rumah tangga kami bermula sejak tiga tahun lalu dan akhirnya saya terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah selepas tidak nampak jalan penyelesaian.

"Kini kami mengikut saranan pihak mahkamah menjalani sesi kaunseling.


 "Saya mengunci mulut kerana menganggap ia kisah peribadi bersama suami yang tidak harus diceritakan kepada umum.

"Masih panjang sebenarnya proses ini untuk dibicarakan di mahkamah. 


"Sejujurnya memang tiada komunikasi antara kami tetapi itu tidak bermakna kami bermasam muka. Lebih baik begini,"

Ezlynn memfailkan permohonan cerai pada awal Januari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga 21 November 2011 namun belum dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini, suaminya telah menguruskan segala aktiviti nyanyiannya kini semua dilakukan pihak lain.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment