KUCHING, SARAWAK - Kerajaan Negeri Sarawak hari ini mengeluarkan kenyataan media dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang telah membuat keputusan untuk menarik diri penyertaan wakilnya dari terlibat dalam Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta merta.
Menurut kenyataan media yang baru dikeluarkan hari ini, kerajaan negeri merasakan penglibatan dalam Tourism Malaysia adalah tidak perlu kerana ia menyamai peranan dan fungsi Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.
Foto - Wan Khalik WM Al-Edrus |
Gambar kenyataan media dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak itu mula tersebar di media sosial dan menerima reaksi positif netizen khusus dari rakyat Sarawak.
Terdahulu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz melabelkan Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim sebagai 'Menteri Setahun Jagung' kerana mengatakan Sarawak perlu dikecualikan dari cukai pelancongan.
Laporan berkaitan:
Blogger Comment
Facebook Comment