Qatar dihukum hanya kerana menjaga kepentingan umat Islam: Kesatuan Ulama


DOHA – Apa yang sedang dihadapi oleh negara Qatar hari ini hanyalah berpunca kerana negara tersebut berusaha memelihara kepentingan dunia Islam keseluruhannya.
“Qatar telah meletakkan pendirian yang mulia samada dalam isu Palestin, penyatuan Sudan, Yaman dan isu dunia Islam lainnya lalu kerana inilah mereka dihukum”
Syeikh Ali Qarahdaghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian dalam satu seminar di Doha baru-baru ini.
Tambah beliau lagi serangan yang sedang dihadapi oleh Qatar pada hari ini hakikatnya adalah serangan terhadap dunia Islam keseluruhannya kerana inilah yang musuh mahukan iaitu fitnah dan perpecahan sesama umat Islam.
“Kerana Qatar adalah salah satu negara teluk juga negara Islam maka perkara ini sebenarnya adalah ancaman kepada dunia Islam kesemuanya”
Tegas beliau lagi mereka yang menjadi punca kepada fitnah ini iaitu penggodam tersebut hendaklah dihukum dengan tegas dimana ada sebahagian ulama salaf membenarkan orang sebegini dihukum bunuh kerana besarnya kesan daripada fitnah yang mereka lakukan.
Ketegangan antara Qatar dan negara-negara semenanjung Arab dikatakan bermula selepas kejadian agensi berita kerajaan Qatar digodam.
Satu kenyataan pemimpin Qatar yang menyatakan sokongan kepada Iran, Hamas, Hezbollah dan Israel, dan menyatakan pemerintahan Presiden AS Donald Trump akan berakhir tidak lama lagi telah disiarkan oleh penggodam.
Semalam, Arab Saudi, Emiriah Arab Beratu (UAE), Yaman, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar dengan menuduh Doha terbabit melindungi pengganas, campur tangan dalam hal ehwal negara mereka dan menjejaskan keselamatan rantau Teluk.
Sumber: http://ift.tt/2rRZUjL
Terjemahan: http://ift.tt/2sPP9vx


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment