2 bulan kami berkahwin masih lagi tiada tanda² saya mengandung, orang pun dah mula tanya. saya fikir mungkin belum tiba masanya lagi untuk saya mengandung dengan ekonomi kami yang tidak seberapa. Tapi suami selalu pesan “Percaya pada rezeki Allah”.
Dan saya terus diuji dengan kehilangan orang tua yang saya cintai. Saya tidak ada sesiapa lagi selain suami. Dialah tempat bermanja, dialah tempat mengadu. Alhamdulillah, Setahun lebih kami berkahwin saya disahkan mengandung dengan kebenaran suami saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mengalami alahan yang teruk.
Bermulalah episod dimana kami terpaksa menyekat segala keperluan dan kehendak kami untuk cukupkan sampai ke akhir bulan. Lepas bayar segala bill, duit yang ada dalam tangan kami hanya tiggal dalam 3-4 ratus shja. itu lah duit untuk isi minyak kereta, itu lah duit untuk makan kami smpai hujung bulan. Tentang nafkah seorang isteri, saya tak ambil kira itu semua yang penting kami sama² dapat makan. Dapat survive sampai hujung bulan pun dah memadai.
Kalau masak, saya akan catu lauk² supaya tak terbazir. Kalau beli ayam seekor, saya mintak potong 20. Satu hari masak 4 ketul sahaja boleh tahan sampai 4-5 hari untuk seekor ayam. Suami saya sangat penyabar. dia selalu tolong saya buat kerja rumah, basuh baju, sapu lantai, sebelum keluar kerja dia akan masakkan dulu untuk saya.
Setelah 4 bulan mengandung, saya mula mendapat kekuatan untuk menjalankan tugas² harian di rumah dengan ekonomi kami yang tak berapa elok, saya ambil upah buat macam2 kerja untuk bantu suami dan tunaikan keinginan saya yang mula mengidam tapi tak lama sebab saya mengalami alahan semula, segala tulang dan sendi mula sakit².. mula tak larat macam mula² mengandung dulu.
Setelah 4 bulan mengandung, saya mula mendapat kekuatan untuk menjalankan tugas² harian di rumah dengan ekonomi kami yang tak berapa elok, saya ambil upah buat macam2 kerja untuk bantu suami dan tunaikan keinginan saya yang mula mengidam tapi tak lama sebab saya mengalami alahan semula, segala tulang dan sendi mula sakit².. mula tak larat macam mula² mengandung dulu.
Suami saya kata ‘tak apa, abang akan usaha untuk tunaikan permintaan sayang kalau sayang teringin nak makan apa²’.. tapi saya cuba pendam, saya tak beritahu dia pun kalau saya teringin nak makan apa² cuma kadang² je mulut ni lincah sangat terlepas juga lah. Saya cakap, kalau abang tak ada duit tak apa. Sayang ok boleh tahan keinginan ni walaupun sebenarnya tak tertahan pun. wanita mengandung yang mengidam je akan tahu perasaan macam ni. Walaupun lambat, suami akan usaha juga tunaikan permintaan saya walaupun dia sendiri pun ada keinginan dia akan dahulukan permintaan saya berbanding dirinya. kadang² di tempat kerja dia langsung tak makan sebab nak berjimat..kadang² dia beli kuih² dan cucur je sebagai makan tengah hari. Start tahu macam tu, saya mula bekalkan makanan untuk suami. Walaupun hanya nasi kosong, kadang² saya buat nasi goreng kalau tak ada lauk. Asalkan suami tak kelaparan di tempat kerja..
Kadang² suami bawak balik makanan sedap² time dah hujung² bulan.. saya pelik, suami cakap duit dah nak habis. tinggal beberapa puluh je untuk duit minyak kereta. Tiba² dia bawa balik makanan yang saya hajatkan.. bila saya tanya mana dapat duit, dia cuma jawab ‘abang buat partime’.. jadi saya tahu lahh suami taknak bercerita dengan lebih lanjut tentang mana dia dapat duit lebih.
Sehinggalah saya terperasan dalam kereta ade beberapa tin minuman kosong dalam plastik di kerusi belakang. bila saya tanya dia jawab saje² kumpul.. lama kelamaan baru saya tahu rupa-rupanya suami kumpul tin² kosong dan kotak² terpakai untuk dijual.. duit hasil jualan itu lah dia simpan untuk tunaikan keinginan saya..
Saya rasa bersalah.. saya rasa terharu.. saya menangis mengenangkan usaha suami untuk saya.. suami cakap itu tanggungjawab dia.. jangan rasa bersalah.. ‘untuk sayang dan anak kita yang selama ini kita tunggu² abang akan buat apa je..’
Saya rasa bersalah.. saya rasa terharu.. saya menangis mengenangkan usaha suami untuk saya.. suami cakap itu tanggungjawab dia.. jangan rasa bersalah.. ‘untuk sayang dan anak kita yang selama ini kita tunggu² abang akan buat apa je..’
Lagi beberapa bulan dah nak bersalin, segala keperluan untuk menyambut kelahiran anak kami beli sikit².. bulan ini baju dua helai..bulan depan 2 helai lagi.. Kadang² bila tengok tv sama², suami akan renung saya tiba².. bila saya tanye kenapa dia hanya tersenyum…lepastu dia cakap “terima kasih sayang dah hidup dengan abang, maaf kalau sayang susah hidup dengan abang”.. haaa mula lahh suami isteri ni berdrama kan.. lagi² isterinya ni kalau tak mengalirkn air mata memang tak sah..
Dia selalu yakinkan saya, rezeki Allah tu ada di mana².. cepat atau lambat pasti akan ada.. Allah dah rancang segalanya.. Kami tak dapat hidup senang macam orang lain.. tapi insyaAllah mungkin suatu hari nanti kami diberi rezeki yang tak terduga oleh Allah..
Minta doa kalian supaya kami dilimpahkan rezeki untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung kami ini dan doakan saya supaya dilancarkan urusan bersalin nanti ya. Amin.. Maaf kalau penceritaan dan ayat saya tunggang langgang dan susah untuk difahami.
Sumber:- KRT
Blogger Comment
Facebook Comment