Berbuka Sebelum Jimak Siang Ramadhan
Soalan:
Kawan saya ada mengutarakan soalan kpd saya & saya tidak pasti jawapannya. harap para Ustaz di dini dpt membantu.
Adakah kaffarah bagi org yg berbuka dahulu sblm berjimak di bln ramadhan sama dgn kaffarah org yg terus berjimak (tanpa berbuka dahulu)?
Jawapan:
Assalamualaikum
Jika seseorang yang ingin jimak isterinya, dia berbuka terlebih dahulu secara sengaja, maka ia telah melakukan maksiat yang sangat dahsyat. Ini kerana dia tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan dua kali. Pertama dia makan dengan sengaja, kedua dia jimak isterinya. Kaffarahnya adalah sama, cuma ia lebih dikuatkan ke atasnya, dia perlu segera bertaubat dah melaksanakan kaffarah.
Ibn Taimiah pernah ditanya tentang kes seperti ini adakah diwajibkan ke atasnya orang yang berbuka untuk jimak isterinya kafaarah atau tidak. Dalam Majmuk al-Fatawa [Majmuk al-Fatawa 6/88] beliau menjelaskan bahawa ada dua pandangan masyhur. Pertamanya ialah wajib kaffarah. Ini pendapat majoriti fuqaha’ kalangan Malik, Ahmad, Abi Hanifah. Pandangan kedua ialah tidak wajib kaffarah. Ini pendapat al-Shafie.
Sebab khilaf kembali kepada adakah sebab kaffarah itu berbuka daripada puasa atau berbuka daripada puasa yang sahih dengan jimak, atau dengan sebab jimak atau lainnya. Menurut Imam Ahmad, wajib kaffarah ke atas orang yang melakukan kes seperti ini. Ini kerana wajib ke atasnya menahan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa dalam bulan ramadan. Kerana puasanya sudah menjadi fasid seperti hukum ihram fasid dalam haji.
Ini kerana ia telah mencarikkan kemuliaan bulan Ramadan. Bahkan ia lebih teruk kerana pertama ia menderhaka Allah dengan sebab berbuka sengaja, kedua dengan sebab jimak. Justeru, kewajipan kaffarah lebih dikuatkan ke atasnya. Jika tidak wajib, nescaya menjadi jalan (zari’ah) ke arah ia tidak mahu kaffarah dengan berbuka terlebih dahulu sebelum jimak.
Wallahualam.
Sumber: http://ift.tt/2qEEBCA
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment