Adakah Batal Puasa Kita Jika Mandi Wajib Selepas Subuh.


Kini bulan Ramadhan telah tiba lagi, bagi pasangan suami isteri mungkin bulan ini akan menghadkan hubungan kelamin mereka kerana ada sesetengahnya masih belum memahami lagi adab-adab berhubungan intim di bulan Ramadhan ini.

Ada juga kaum isteri yang menganggap bulan ini merupakan bulan bagi mereka untuk berehat daripada melayani suami mereka.

Tetapi mereka harus tahu bahawa Islam itu mudah, mereka hanya perlu tahu cara yang betul sahaja seperti hukum mandi wajib ketika bulan Ramadhan ini.

Lewat mandi wajib bagi orang yang telah berpuasa di Bulan Ramadhan. Ramai orang tidak tahu adakah puasa terbatal atau tidak disebabkan lewat mandi wajib.

Dengan sebab ini, saya menyediakan jawapan secara ringkas dan padat untuk mengangkat masalah berkaitan yang timbul dalam benak fikiran anda.

Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa :

“Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa mereka.

Bagi orang yang bangun lewat, maka hendaklah ia cepat menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh.

Kalau lewat bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau tidak disengajakan, maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia disengajakan atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh.

Makruh juga orang yang sengaja melewatkan mandi wajib kerana banyak perkara yang terhalang ketika ia berhadas besar.


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment