Selepas Bertahun Ceraikan Isteri. Tangan Aku Gatal Cari FB Dia. Aku TERKEJUT Bila Temui SESUATU !!!

Selepas Bertahun Ceraikan Isteri. Tangan Aku Gatal Cari FB Dia. Aku TERKEJUT Bila Temui SESUATU !!! | Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cliche, sangat typical. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Tiba umur aku 27 tahun aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin. Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kawin jugak, nak ada keluarga..mungkin sebab penat dedikasikan masa semata-mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan-kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.

Image result for Selepas Bertahun Ceraikan Isteri. Tangan Aku Gatal Cari FB Dia. Aku TERKEJUT Bila Temui SESUATU !!!



5

Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni. Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah-surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana. Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.
Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa. Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini.
Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak-masak. Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang. Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji. Aku taknak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan talak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya..adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia. Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar.
Hati ku ego. Sombong. Mungkin umur 27 tahun aku tu tak buatkan aku seorang lelaki yang matang.
Aku terasa sunyi dalam hidupku. Ada la kenal beberapa wanita. Tapi tak berkenan. Memang tak boleh lawan dengan bekas isteri aku. Tiba-tiba aku rasa macam rindu. Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya. Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku. Tak apalah, mungkin memang jodoh kami sampai hari tu je.
Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku macam tak caya apa yang ku lihat..
Dia nampak berbeza. Dah pakai tudung besar. Tapi yang aku paling perasan wajahnya nampak sejuk je. Cantik. Entah kenapa hati aku berdebar-debar. Adakah ini namanya cinta. Cinta berputik kembali? Tapi selepas tengok gambar-gambar seterusnya hati ku punah. Dia dah berkahwin. Suami baru dia tampak biasa je. Dari gaya-gaya dia macam jurutera juga macam aku. Nampak la ada simpan janggut. Orang baik-baik ni. Dan dekat sejam aku duduk stalk FB bekas isteri aku. Aku baca komen kawan-kawan dia. Tengok gambar. Semua lah. Dan ini kesimpulan aku.
Dia bahagia dengan suami baru. Malahan dia sedang menanti untuk mendapat “seri” dalam rumah tangga mereka. Kini aku dah berumur 30 tahun pun. Aku rasa aku dah matang. Live goes on. Tapi aku bersyukur kepada Allah, kerana bekas isteri yang ku abaikan dulu tu sedang berbahagia. Aku turut doakan kebahagian dia bersama suami yang sanggup memimpin dirinya. Aku lelaki gagal kerana tidak dapat terima ujian Allah dulu-dulu tu. Air mataku mengalir deras. Aku tutup FB.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment