"Saya Tak Tulis Nama Sesiapa.." Akhirnya Ini Kenyataan Akhbar Rasmi Fasha Sandha, Tekad Saman Penganjur

"Saya Tak Tulis Nama Sesiapa.." Akhirnya Ini Kenyataan Akhbar Rasmi Dari Fasha Sandha



Isu Fasha Sandha bertelagah dengan Nora Danish kerana isu halau di satu majlis menjadi bualan hangat orang ramai.

Fasha Sandha yang berada di Australia akhirnya membuat kenyataan rasmi.

Pelakon ini berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur majlis "Fenomena Aidilfitri" yang dikatakan telah memalukan beliau.

Fasha akan tetap akan berbuat demikian walaupun pihak pengajur sudah meminta maaf kepadanya baru-baru ini.

Kata Fasha Sandha, dia langusng tidak menyebut nama sesiapa ketika menulis di Instagram.

Ini kenyataan rasmi Fasha Sandha di laman media Instagram miliknya:

Salam dari saya,

Saya memberikan kenyataan akhbar ini dengan lebih awal kerana saya tidak bercadang mengadakan sebarang PC berhubung perkara ini.

Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya.

Saya TIDAK PERNAH sama sekali MENULIS NAMA SESIAPA di dalam laman instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa.

Laman insta saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga TIDAK PATUT TERASA jika pihak ketiga tersebut TIDAK melakukan perkara tersebut.

Mana-mana pihak yang menyatakan bahawa saya telah memfitnah bahawa saya telah memburukkan dan mencemarkan jenamanya, saya akan keluarkan saman malu dan saya sedikit pun TIDAK TAKUT. Sekiranya mana-mana pihak berada di pihak BENAR, pengikutnya dan pelanggan jenama pihak tersebut tidak akan beralih arah. Itu adalah komen yang TIDAK MASUK AKAL.

Saya tidak gentar terhadap apa-apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya.

Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya 7 tahun lalu tetapi TIDAK BERJAYA. Negara kita ada undang-undang.

Selepas ini pihak ketiga tersebut itu boleh memberi sebarang penjelasan sambungan tentang perkara ini dan saya TIDAK AKAN memberikan apa2 lagi komen tentang perkara ini lagi dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada PEGUAM saya.

Saya mengangap tindakan pihak ketiga itu sebagai tindakan KURANG MATANG.

Untuk mengelak apa-apa kemusykilan, kenyataan akhbar ini tidak mengurangkan apa-apa hak saya di sisi undang-undang dan saya secara khusus merizabkan segala hak saya di bawah undang-undang.

Terima kasih.

Nur Fasha Sandha
Australia


Sumber: Instagram Fasha Sandha

Itu merupakan kenyataan rasmi dari pihak Fasha Sandha tentang isu ini. Semoga kes ini tidak lagi berpanjangan.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment