Ruhainie Sakit Hati Apabila Mengetahui Azrel Ismail Bakal Kahwini Wanita Lain
Pelakon Ruhainies akui berasa sakit hati apabila mengetahui Azrel Ismail akan berkahwin tahun depan dengan wanita yang tidak diketahui identitinya.
Ruhainies akui tidak tahu menahu perkara itu sehingga dia telah bertanya sendiri kepada Azrel tenatng berita berkenaan.
Ini pendedahan dari Ruhainies:
“Sakit hati juga bila dapat tahu Azrel sudah ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan tanpa memberitahu saya,”
“Mana tidaknya, saya kawan baik dia tapi tak nak kongsi berita gembira ini.
“Saya ada hubungi dia dan bertanya siapakah gerangan wanita yang bakal menjadi isterinya.”
“Sebagai kawan yang rapat dengan dia, sudah semestinya saya akan teruja kalau dia betul-betul sudah ada kekasih,”
Ruhainies berkata dia akan mendoakan Azrel bertemu jodoh yang sesuai.
Azrel sehingga kini tidak mendedahkan wanita yag baakl menajdi isterinya itu.
Sebelum ini ada gosip mengatakan Ruhainies dan Azrel sedang hangat bercinta kerana sering bersama.
Blogger Comment
Facebook Comment