Resit makan malam di sebuah restoran di KLCC yang berjumlah RM78,000 jadi tular di internet

Meskipun ekonomi negara sering dikatakan sedang mencatatkan kelembapan tertinggi di dalam sejarah moden negara, namun masih terdapat sesetengah golongan yang nampaknya terjejas langsung dengan kelembapan ini dan masih dilihat berbelanja seseolah setiap hari merupakan sebuah perayaan yang perlu disambut bersama rakan dan keluarga mereka.



Sekeping resit makan malam yang bernilai RM78,478.80 telah jadi tular di laman media sosial baru-baru ini. Gambar resit yang telah dimuatnaik ke dalam sebuah laman grup di Facebook ini telah menarik perhatian ramai orang.
Masakan tidak, harga makanan yang dipesan saja sudah mencecah RM67,306.00 ini tidak termasuk dengan 10% caj perkhidmatan yang bernilai RM6,740.60 dan GST yang bernilai sebanyak RM4,442.00.
Meskipun nama restoran tidak tertera di atas resit tersebut tetapi rata-ratanya berpendapatan ianya berkemungkinan berasal daripada restoran Marble 8 ataupun Marini 57 yang terletak di Menara 3 Petronas di KLCC.

sumber: http://www.ohmymedia.cc/
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment