Mungkin ada yang tanya, "Bukan Chatime dah tukar nama ke Tealive ke?"

No automatic alt text available.

Nak pilih Chatime ke Tealive? 
. 
Mungkin ada yang tanya, "Bukan Chatime dah tukar nama ke Tealive ke?". 
. 
Jawapannya - TAK! 
. 
=====
. 
Bayangkan tengah shopping raya, tiba-tiba terperangkap dalam shopping mall sebab hujan lebat. 
. 
Lagi 5 minit dah nak azan Maghrib. 
. 
Rasa teringin nak berbuka puasa dengan bubble tea :) 
. 
Bila tengok kat directory shopping mall, ada dua pilihan - Chatime & Tealive. 
. 
Nak pilih yang mana satu? 
. 
. 
. 
Sebelum cerita pasal nak pilih bubble tea yang mana satu, kita cerita pasal mitos Chatime dah tukar nama kepada Tealive, ok?
. 
Awal tahun 2017, La Kaffa (syarikat Taiwan), pemilik jenama Chatime telah menamatkan kontrak franchise Loob Holding, iaitu master franchisee jenama Chatime di Malaysia. 
. 
Banyak orang terkejut dengan penamatan kontrak ni sebab baki kontrak ada 20 tahun lebih lagi! (ada lagi orang sign kontrak puluh-puluh tahun zaman sekarang ni). 
. 
Reaksi awal Bryan Loo, pemilik Loob Holding atas berita penamatan kontrak ini lebih kepada bermain emosi... 
. 
... Bukan menerangkan isu sebenar penamatan kontrak. 
. 
Bryan menyatakan bahawa, penamatan kontrak ini akan mengakibatkan banyak pekerja hilang sumber pendapatan. 
. 
. 
. 
Apa sebab sebenar La Kaffa tamatkan kontrak Loob Holding? 
. 
La Kaffa sebuah syarikat besar yang mementingkan kualiti, mendapati Loob Holding melanggar kontrak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak diiktiraf oleh La Kaffa. 
. 
Bryan yang cuba melawan akhirnya mengaku dan mengeluarkan kenyataan bahawa bahan-bahan yang diiktiraf La Kaffa terlalu mahal. 
. 
Malah Bryan cuba memenangi hati masyarakat Malaysia dengan menyatakan bahan-bahan yang dia gunakan adalah halal. 
. 
Setelah gagal untuk terus menjadi master franchisee Chatime, Loob Holding mencipta jenama baru iaitu Tealive. 
. 
Dengan kebijaksanaan Bryan, 95% franchisee Chatime di Malaysia beralih kepada jenama Tealive. 
. 
La Kaffa terkejut dan bimbang, sebab majoriti pendapatan Chatime sebelum ini datang dari Malaysia. 
. 
. 
. 
Walaupun 95% franchisee di Malaysia beralih kepada Tealive, ada satu franchisee yang merupakan top performer Chatime masih kekal dengan Chatime. 
. 
Franchisee yang memiliki beberapa outlet ini dimiliki oleh syarikat Will Group - sebuah syarikat Bumiputera. 
. 
Will Group yang ditubuhkan oleh Aliza Ali yang juga managing director dipilih oleh La Kaffa sebagai master franchisee baru untuk Chatime di Malaysia. 
. 
Salah seorang pemegang saham yang besar dalam Will Group adalah YM Cik Puan Muda (Pahang) Julita Aishah. 
. 
. 
. 
Aliza Ali ternyata lebih bijak bila berjaya membuat perjanjian baru dengan La Kaffa... 
. 
Dalam perjanjian baru, pembelian bahan mentah tidak lagi menggunakan USD, tetapi menggunakan Ringgit Malaysia. 
. 
Dan paling menarik, Will Group berjaya membuat perjanjian supaya La Kaffa menjadikan Malaysia sebagai hub bahan mentah Chatime untuk rantau Asia. 
. 
Rupa-rupanya sebelum ini, La Kaffa membeli koko dari Malaysia untuk diproses di Taiwan kemudian Loob Holding beli balik dari Taiwan bawak balik Malaysia - padan la mahal. 
. 
. 
. 
Sekarang, dalam tempoh 6 bulan, Will Group menyasarkan untuk membuka 40 outlet baru di seluruh Malaysia. 
. 
Walaupun jumlah agak sedikit berbanding Tealive (160 outlet lebih), kawasan outlet Chatime akan bertumpu kepada kawasan yang lebih strategik. 
. 
Aliza kata, pendapatan 40 outlet baru ini boleh menyamai 100 outlet Chatime sebelum ini. 
. 
. 
. 
Kembali kepada persoalan asal - Nak pilih Chatime ke Tealive? :) 
. 
Secara peribadi, aku pilih Chatime :) 
. 
Berdasarkan komitmen La Kaffa terhadap kualiti bahan mentah... 
. 
Dan berdasarkan Loob Holding yang sanggup "cut corners" untuk jimat duit. 
. 
Dan Will Group yang menjadi top performer franchisee sewaktu menjadi franchisee biasa. 
. 
Chatime pilihan yang lebih berkualiti. 
. 
Dalam temuramah BFM, Aliza memberi komitmen bahawa Chatime Malaysia akan terus konsisten dari segi kualiti dan rasa. 
. 
Dan La Kaffa ada menyatakan hasrat supaya Will Group membuka outlet Chatime di Singapura. 
. 
Dan Aliza berbangga bila Tealive memilih warna yang sama dengan Chatime :) 
. 
. 
. 
P. S. - Status ni adalah pilihan peribadi semata-mata dan untuk memperbetulkan mitos Chatime tukar nama kepada Tealive. 
. 
Masing-masing boleh buat penilaian sendiri :)




sumber: fb Abu Mu'aaz Munir Azizan



Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment