Jangan Makan Ubat Sambil Minum Jenis Minuman Ini

Image result for Jangan Makan Ubat Sambil Minum Jenis Minuman Ini


Di sini disenaraikan tujuh jenis minuman yang perlu anda elak ketika makan ubat kerana kandungannya yang memberikan interaksi berbahaya kepada tubuh, termasuk menyebabkan ubat tersebut tidak berfungsi langsung.

Jus Limau Gedang
Juga dikenali sebagai grapefruit, buahan sitrus ini memberikan tindak balas negatif kepada lebih daripada 50 jenis ubatan termasuk Statins (ubat untuk mengawal kolestrol). Anda perlu memberikan masa lebih kurang 48 jam untuk makan ubat selepas minum jus limau gedang.

Jus Buah Delima
Jus pomegranate mengandungi enzim yang boleh menyebabkan tekanan darah menurun jika diambil bersama sebarang ubat-ubatan.

Susu, Soya atau Produk Tenusu
Minuman dengan kandungan kalsium mengurangkan kesan ubatan terutamanya ubat untuk penyakit thyroid. Minum produk tenusu seeloknya empat jam sebelum atau selepas makan ubat. Ada sesetengah antibiotik juga memberikan tindak balas negatif dengan susu dan menyebabkan sakit perut dan muntah.

Minuman Berkafein
Minuman berkarbonat, kopi dan teh (termasuk teh hijau) mempunyai kandungan kafein yang tinggi. Kafein merangsang otak dengan cepat dan kombinasi dengan ubatan mungkin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk termasuk mengalami pening, keresahan ataupun serangan panik. Jangan minum kopi ketika kamu mengambil ubatan untuk penyakit asthma dan pil aspirin.

Minuman Tenaga/Sukan
Minuman yang tinggi gula dan potassium seperti minuman tenaga akan memberikan tindak balas yang mengganggu jantung juga menyebabkan tekanan darah tinggi. Ia akan mengakibatkan serangan panik dan tubuh menggigil. Pisang juga kaya dengan pottasium, jadi elakkan makan pisang selepas mengambil sebarang ubat.

Minuman Alkohol/Wain
Tiada apa yang bagus jika kamu mengambil minuman beralkohol. Minuman wain memberikan interaksi lebih teruk jika pesakit mengambil ubat anti-depresi. Kombinasi ini menyebabkan darah tinggi, pening yang teruk, degupan jantung kencang dan strok. Tindak balas ini sama kesannya dengan minuman tenaga dan alkohol.

Jus Sayuran Hijau
Sayuran hijau yang mengandungi Vitamin K seperti sayur kale dan brokoli mengurangkan kesan ubatan untuk penyakit seperti serangan jantung, strok, dan penyakit berkaitan darah. Jadi jika anda mempunyai keluarga yang mengambil ubatan ini, jangan hidangkan sayuran hijau seperti disebut di atas.

Sumber : eh.com.my



via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment