Identiti Pelancong Wanita Yang Videonya Viral Di Media Sosial.
KUALA LUMPUR: Seorang pelancong wanita dari China diragut ketika sedang berselfie di Dataran Merdeka, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, mangsa yang juga ahli perniagaan berusia 41 tahun, melawat lokasi pelancongan itu dan mahu merakam gambar kenangan.
Bagaimanapun, ketika sedang berselfie, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki datang dari arah belakang dan meragut beg tangan mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh.
Kejadian itu turut dirakam kamera telefon bimbit mangsa dan viral di media sosial.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata dalam kejadian itu, mangsa selamat dan tidak cedera.
"Di dalam beg mangsa hanya mengandungi dokumen peribadi dan tiada barangan berharga.
"Siasatan polis mendapati, mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Genting Highlands dan sudah ke luar negara selepas itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.-Berita Harian Online
Blogger Comment
Facebook Comment