Dengan hemoglobin ibu cuma 5 dan anak yang pramatang, beranak di dalam kereta dalam kawasan klinik pula.
Adakah anak itu juga tidak diundang?
Bulan disember tahun lepas, datang seorang ibu dan anak( anak umur 23tahun) ke klinik dengan komplen sakit perut dan dah beberapa bulan tak datang bulan. Mereka dah pergi berubat dengan ustaz dan ustaz tu kata dah terkena buatan orang. Saya hanya mampu senyum. Saya minta periksa air kencing dan keputusan yang saya dapat upt ( ujian kehamilan) positif. Ya, memang terkena buatan orang. Mak dia ternganga dan anak dia mula menangis. Saya hanya boleh nasihat sikit2 dan sebelum keluar dari bilik saya, mak dia cakap jom kita cari bidan yang boleh gugurkan anak yang tak diundang itu.
Empat bulan lepas, datang seorang remaja 18 tahun ke klinik tanpa ditemani oleh sesiapa. Berak berdarah kata dia. Jadi, kenalah periksa betul2. Time tengah buat pemeriksaan tu salah seorang doktor senior di situ cakap perut dia nampak lain macam. Bila ujian kehamilan dibuat, keputusannya adalah positif. Dia menangis dan menjerit2. Jangan bilang sama mak saya, nanti mati saya. Saya dirogol oleh teman lelaki saya dan pakcik saya. Ahh sudah. Taktau samada betul betul dirogol atau rela dibagi.
Bila perkara semacam ini terjadi, kita akan tuding jari pada siapa?
Pada individu yang membawa tetamu tak diundang dalam perut atau pada ibu bapa yang taktau menjaga anak atau pada teman lelaki yang seronok mengajak berasmara dana?
Tak perlu tuding menuding.
Semua pihak juga bersalah dan bertanggungjawab.
Untuk ibu bapa yang anak sudah terlanjur jauh, bersabarlah. Mungkin itu ujian buat anda. Ya, senanglah cakap sebab diri sendiri tak kena. Nauzubillah. Harap anak2 kita semua dijauhkan dari perkara maksiat dan zina. Cuma saya harap ibu bapa boleh berfikir panjang, anak anda telah melakukan satu dosa besar, kenapa mahu ditambah lagi dosa besar yang ada dengan suruh mengggugurkan kandungan tu?
Untuk anak anak muda, tolonglah jangan terlalu mengikut nafsu dan darah remaja yang tengah menggelegak panas tu. Jangan dilayan sangat drama dan filem cinta yang cuma fantasi sahaja. Jangan digadai mahkota yang satu itu. Jangan dibiar maruah awak dipijak dan dipandang murah oleh sesiapa pun. Kesian mak ayah yang membesarkan awak. Fikir masa depan dan agama yang dicerminkan.
Jom sama sama ubah stigma yang ada dalam masyarakat kita.
Siapa kita untuk menghukum manusia lain sedangkan kita sendiri punya dosa?
Apa yang kita boleh buat adalah kawal.
Kawal daripada perkara ini berulang dan menjadi lebih teruk.
Kawal anak anak dan diri kita dari dosa dan noda.
Kawal dari sifat marah dan menuduh nuduh.
Kawal daripada perkara ini berulang dan menjadi lebih teruk.
Kawal anak anak dan diri kita dari dosa dan noda.
Kawal dari sifat marah dan menuduh nuduh.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Kita sendiri pun taktahu apa dugaan dan ujian yang Allah nak bagi pada kita.
Jadi, bersangka baiklah.
Dan teruskan berbuat baik walau kita berhadapan dengan perkara terkutuk sekalipun.
Dan teruskan berbuat baik walau kita berhadapan dengan perkara terkutuk sekalipun.
Nota kaki : kita selalu merasa kita adalah baik tapi cuba fikir, adakah kita menjadi baik disebabkan kondusif sekeliling kita yang baik atau kita memang baik?
Dan fikirkan mereka yang sentiasa dikelilingi dengan kondusif yang tidak baik. Mungkin mereka adalah lebih baik dari kita.
sumber: http://www.ohmymedia.cc
Blogger Comment
Facebook Comment