Dikecam Peminat Berpakaian Semakin Sendat, Ini Respon Balas Siti Sarah

Dikecam Peminat Berpakaian Semakin Sendat, Ini Respon Balas Siti Sarah  


Isteri kepada Shuib, Siti Sarah telah meluahkan rasa hatinya di laman Instagram hari ini.

Ini apabila ada followernya yang mengkritiknya memakai pakaian sendat setelah Siti Sarah kini semakin kurus.

Siti Sarah ada memuatnaik gambar komen dari salah seorang followernya dan memebri respon balas.

Jom baca komennya:

Salam ... petama sekali saya nak mintak maaf diatas segala salah laku saya.. sebagai manusia biasa saya juga tidak terlepas dari membuat kesalahan .. apatah lagi saya sememangnya takkan terlepas dari membuat salah.. 

Apa bila ada yg kata dulu masa gemuk saya lebih berpakaian sopan dari sekarang, saya agak pelik sebab dulu saya lebih terbuka dari sekarang.. 

Sebagai manusia biasa saya pon ada perasaan nak berubah kearah yg lebih elok.. dulu saya masih pakai seluar atau skirt pendik .. pakai baju tak de lengan org tak perasan .. mungkin masa tu saya gemok dan org tak nak ambil tau pon pasal saya .. 

Sekarang saya sendiri bagi bagi tau org yg buat baju saya , saya nak baju lengan panjang sekurang2nya sampai siku.. walau apa pon mesti BERKAIN walaupun net 

Org yg cakap saya makin terdedah tu mungkin tak pernah mengikuti perkembangan saya.. dan mungkin jugak penangaan Monsta Lab HQ .. sebab Saya lebih kurus dari zaman anak dara.. 

Kepada yg sentiasa menyokong saya terima kasih.. tak dapat saya nak membalas jasa anda semua.. 

Kepada yg terasa hati dengan cara saya berpakaian maafkan saya kerana mengguris hati anda....

Sekali lagi saya hanya manusia biasa yg selalu membuat kesilapan.. (walupun saya tau segala apa yg saya buat TIDAK akan memuaskan hati semua ) Sekian luahan rasa.. #masagemuktakdeorangambilkisah



Itulah luahan rasa dari Siti Sarah. Penyanyi ini telah memohon maaf jika ada yang terasa. Tetapi kata dia sama sahaja, cuma ketika gemuk tiada orang yang ambil kisah tentang pemakaiannya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment