MUAR, JOHOR - Muhammad Irshaduddin Kahlis Nasuruddin, 25, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi semalam kerana membunuh bekas tunangnya di Kluang, dua tahun lalu, lapor Harian Metro.
Arwah Nursyafikah Ahmad Ismail, ditikam oleh bekas tunangnya dengan menggunakan sebilah pisau pada 10 April 2015, sekitar jam 5.40 petang di kawasan pasar raya Econsave, Jalan Mersing.
Muhammad Irshaduddin dilaporkan mengambil tindakan itu kerana cemburu bila mengetahui mangsa telah bertunang dengan lelaki lain dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.
Muhammad Irshaduddin yang menerima hukuman itu sempat berkata, "Saya mohon maaf kepada semua" pada ahli keluarga arwah bekas tunangnya yang turut berada di perkarangan mahkamah sambil menitiskan air mata. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment