Kepentingan solat di dalam rukun islam kita, merupakan rukun yang kedua setelah Mengucap Kalimah Syahadah. Solat adalah tiang agama. Rapuhnya tiang itu, maka tidak mustahil akan lupuslah bumbung akidah kita sebagai Orang Islam. Solat adalah salah satu dari rukun Islam yang sangat ditekankan kepada kita sebagai umat Islam untuk mengerjakannya dan Rasulullah Saw pernah bersabda tentang kepentingan keutamaan solat di awal waktunya. Yang ke-2 persoalannya adalah bagaimana cara untuk solat awal waktu
Dari sahabat Umar beliau berkata : Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW dan bertanya " Sesuatu apakah yang lebih dicintai Allah di dalam Islam?". Maka Rasulullah SAW menjawab "Yaitu melaksanakan solat pada waktunya, barangsiapa meninggalkan solat maka sama dengan tidak beragama, Solat adalah tiang agama" (Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi)
Kepentingan Solat
Segala amalan dan perbuatan kegiatan kita setiap hari, samada baik atau sebaliknya bergantung kepada bagaimana erti solat kita kepada Allah Ta'ala. Ini bergantung kepada kesempurnaan solat kita. Jika kualiti solat kita baik dan sempurna, maka seluruh perbuatan kita juga akan baik, kerana solat yang kita lakukan setiap hari sebanyak lima waktu itu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak akan mencegah kita dari perbuatan mungkar disetiap masa masa.
Ada yang pernah bertanya, bagaimana jika kita sentiasa mendirikan solat, tapi dalam masa yang sama kita masih juga melakukan hal yang dilarang oleh Islam? Soalan ini juga pernah saya tanya kepada seseorang, dan jawapan tersebut saya simpan sehingga sekarang ini.Jika setiap hari kita tetap menunaikan solat, tapi dalam masa yang sama kita tetap melakukan perkara yang mungkar dan terkeji, maka segeralah perbaiki dan mengkaji adakah solat kita selama ini memenuhi syarat dan rukun yang telah ditetapkan terutama disudut dan dalam kesempurnaan wuduk sebelum menunaikan solat.
Kenapa perlu solat di awal waktu?
Dari kecil kita dididik dalam kepentingan mengerjakan solat, di sekolah juga tidak terlepas subjek didalam silibus pembelajaran tentang bagaimana mahu mendirikan solat dan asal usul solat 5 waktu. Semakin hari,semakin umur kita meningkat, mungkin sedikit sebanyak telah memberi banyak kesedaran dan ilmu sedikit sebanyak mengenai kebaikan solat sunat tambahan setelah solat fardhu yang 5 itu. Jika kita tahu bagaimana kesukaran baginda rasulullah saw sehingga membuat tawar menawar dengan Allah Ta'ala dalam pengurangan solat fardhu sehingga menjadi 5 waktu sahaja, Iaitu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, mungkin tidak sedikit terlintas didalam fikiran kita kesukaran dalam melakukan solat 5 waktu pada waktu yang telah ditetapkan iaitu solat di awal waktu.
Rahsia solat di awal waktu
Setiap masa, kita sentiasa terdedah dengan penguasaan nafsu selain daripada hasutan iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Bagaimana caranya mengawal nafsu tersebut? Sedarkah anda sekarang ini, mengapa solat itu tiang agama? Disebalik ungkapan tersebut kita akan dapati dengan mengerjakan solat diawal waktudapat mengajar kita dalam menguasai diri kita dan ke atas penguasaan hawa nafsu yang selalu berkeinginan rasa syahwat yang melampaui batas islam.
Solat di awal waktu juga membantu kita menjadi manusia yang berdisplin. Kesan menepati solat di awal waktu sangat besar kesannya jika kita membiasakan didalam kehidupan. Kerana dengan mengatur jadual solat akan beerti kita juga bijak mengatur jadual harian kita. Kehidupan seharian pasti tidak kan menjadi tidak terurus.Kita akan sentiasa hidup dengan tenang, fikiran juga tidak menjadi tegang.
Allah swt juga berfirman:
“Celaka bagi orang-orang yang mendirikan solat, yang mana mereka mendirikannya secara lalai. Berkenaan dengan ayat ini, Imam Shadiq as ditanya, beliau menjawab: Yang dimaksud dengan ayat ini adalah orang yang melalaikan solatnya, dan ia tidak mendirikannya di awal waktu tanpa ada halangan (uzur)"
Surah almaaun ayat 3-4
Jom sahabat, tidak kemana apa yang sedang kita kerjakan sekarang ini. Facebook masih lagi boleh diteruskan, blog boleh di update pada bila-bila masa, dan borak kosong juga boleh disambung semula selepas kita menunaikan apa yang telah difardhukan ke atas kita sebagai umat akhir zaman. Saya juga seperti anda,kadangkala terleka dengan urusan dunia sehinggakan mengabaikan solat di awal waktu. Kita mengeluh,kita meratap sesal kerana Allah seperti tidak mendengar keluhan doa atau lambat memakbulkan doa kita setiap masa, Tapi adakah kita memberi keutamaan dalam beribadat kepada-Nya?
Allah swt berfirman:
“Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyu'.”
Surah Al-Baqarah ayat 238
Sumber: http://ift.tt/2riGbpH
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment