Al-Qur’an Tidak Larang Homoseksual – Afiq M Noor
PUTRAJAYA: Peguam Muhammad Afiq Mohamad Noor mendakwa bahawa perbuatan homoseksual tidak salah. Ini kerana menurutnya, tidak terdapat sebarang nas daripada Al-Qur’an mahupun hadith yang ditemui berkenaan hukum hubungan homoseksual. Hukum yang wujud di dalam Al-Qur’an dan hadith hanyalah hukum untuk perbuatan liwat.
“Bila kita menyebut tentang LGBT, secara automatik, ramai di antara kita akan pergi kepada cerita Nabi Luth dan kaum dia (kaum Sadum), yang mana berdasarkan ayat Qur’an, dalam surah Al-A’raf ayat 80, yang menceritakan tentang kaum Nabi Luth, أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ.”
“Fahisyah ini perbuatan keji dan keburukan yang menyebabkan Allah S.W.T melaknat golongan gay dan homoseksual ini adalah berpunca daripada surah ini. Inilah sumbernya. Di dalam hadith, tidak ada satupun yang menyatakan tentang hukum homoseksual secara jelas.”
Mantan Penolong Pengurus Sisters in Islam (SIS) merangkap peguam yang pernah mewakili kes Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berkata lagi, dalam kitab Al Muhalla karya Ibnu Hizmin, beliau telah mengkritik majoriti golongan ahli tafsir yang menisbahkan ayat tentang kaum Nabi Luth (kaum Sadum) sebagai dalil pengharaman kepada perbuatan homoseksual. Menurut Ibnu Hizmin, Allah S.W.T tidak pernah melaknat kaum Nabi Luth kerana liwat. Tetapi, Allah melaknat kaum Nabi Luth atas sebab bangkangan mereka kepada rasul. Mereka (kaum Sadum) menggunakan seks (liwat) sebagai alat untuk menindas.
“Zaman itu bukan sodomy suka sama suka, yang lebih tepatnya adalah dengan rape (rogol) ataupun assault (serangan). Macam yang berlaku di Abu ‘Arid, menggunakan seks sebagai kekerasan, sebagai alat untuk menindas, sebagai bangkangan kepada nabi (Luth).”
Tambah Afiq lagi, dalam kisah Nabi Luth, Allah tidak menghukum golongan lelaki sahaja, bahkan golongan wanita juga turut dihukum, seperti isteri Nabi Luth.
“Dalam cerita Nabi Luth, adakah semua orang yang dihukum? Adakah semua yang dihukum laki-laki sebab perbuatan alfahisyah? Kalau kita setuju dengan at-Thobari, alfahisyah ini adalah perbuatan liwat. Tidak. Dalam Al-Qur’an, Allah rekodkan, isteri dia (Nabi Luth) juga dihukum.”
Sumber: menara
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment