8 Perkara Pelik Di Dunia Ini Yang Masih Tidak Mampu Dirungkai Oleh Sains

Dunia ini masih penuh dengan misteri dengan pelbagai kejadian alam yang masih kekal misteri sehingga ke hari ini meskipun pengetahuan sains manusia berada di tahap yang paling tertinggi pada zaman ini.
Tak percaya? Mari kita lihat beberapa buah perkara pelik yang telah ditemui di serata dunia dan masih kekal misteri sehingga kini.

1. Api ‘Abadi’ di air terjun, USA

Air terjun telah terjadi secara semula jadi merupakan satu perkara yang ajaib dan ditambah pula dengan kewujudan api yang sukar padam sehingga digelar api abadi.
Api tersebut terjadi kerana terdapat rekahan yang mengeluarkan gas asli yang menyalakan api tesebut.
Menurut kepercayaan masyarakat setempat, sesiapa menyalakan api tersebut akan mendapat tuah.

2. Bukit graviti, India

Jikalau anda sampai ke India, anda perlulah rasai kesenorokan kereta anda di tarik ke atas bukit tanpa perlu menggunakan minyak.
Anda cuma perlu pakir di tempat yang disediakan dan letakkan kereta anda pada gear ‘Neutral’.
Fenomena ini masih belum dapat dijelaskan tetapi kata orang, ia hanyalah ilusi yang dicipta oleh bukit graviti tersebut.

3. Kubur di Roknia, Korea, China, India, Scandinavia, Rusia


Batu besar yang melintang membentuk seolah-olah ‘meja makan’ dijumpai di pelbagai negara di atas muka bumi kita.

Para arkeologi menyimpulkan bahawa ia merupakan kubur para paderi semasa zaman tersebut. Apabila berada di tempat tersebut, kadar jam dan peranti lain akan sedikit terganggu.

4. Istana Frangokastello, Greece

Crete dikenali sebagai satu-satunya tempat untuk merakam fenomena fatamorgana di dunia.
Setiap tahun, sekitar hujung May para jurugambar akan berpusu-pusu untuk ke sini dan mula mengambil gambar dari bahagian gereja Agios Charalambos sehingga ke kubu Frangokastello.
Fenomena ini dapat diperhatikan awal pagi dan berlangsung selama 10 minit. Zaman dahulu, askar Jerman yang menduduki tanah tersebut akan menjadi ketakutan dan mula membakar fatamorgana tersebut.

5. Kubu bawah tanah Czech, di Republik Czech

Lagenda mengatakan bahawa mereka pernah mendengar bunyi alat muzik organ dari kawasan perkuburan bawah tanah tersebut.
Namun, para saintis  telah membuat dokumentasi pada tahun 1996 dan mendapati bahawa kubur tersebut sedalam 30 kaki dan ruangnya yang kecil menjadikannya mustahill untuk memuatkan alat muzik organ ke dalamnya.
Namun, apa yang menjadi tarikan utama adalah apabila kawasan tersebut mula mengeluarkan gas berwarna jingga kemerah-merahan yang bercahaya dalam gelap. Lalu, ianya digelar sebagai ‘koridor bercahaya’.

6. Hutan Batu, China

Hutan batu di China ini telah terbentuk 200 juta tahun yang lalu. Kawasan ini merupakan laut pada zaman dahulu di mana terdsapat pembentukan batu kapur pada batuan tersebut.
Pergerakan tektonik telah membentuk permukaan batuan tersebut. Menariknya, pada bahagian bawah terdapat gua Qifeng.
Pada setiap Ogos sehingga November, air dari sungai bawah tanah tersebut akan membentuk pusaran pada setiap 30 minit dan berlangsung selama beberapa minit sebelum beransur hilang.

7. Sungai yang mempunyai 5 warna, Colombia

Pada hari-hari biasa ianya sekadar sungai biasa yang mengakir tetapi pada musim panas, ia bertukar seolah-olah permaidani yang indah.
Sebenarnya, ia merupakan warna-warna dari rumpai yang ada di dalam sungai tersebut yang berwarna merah, pink, biru, hijau dan kuning.
Menurut lagenda, di bawah air terjun sungai ini terdapat harta La Mojana yang dipercayai merupakan Dewi Air.

8. Air terjun darah, Antartika

Air terjun berwarna merah darah ini tidak beku meskipun berada pada suhu -10°C. Malah, glasier ini dikategorikan sebagai salah satu cecair mengalir yang paling sejuk.
Sekumpulan saintis membuktikan bahawa tasik ‘darah’ tersebut mengandungi mikrob-mikrob yang menyebabkan fenomena menakjubkan in

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment