Kisah sedih si kecil Vivian Keith yang berasal dari Missouri ini akan membuatkan siapa sahaja pasti mengalirkan air mata. Si kecil yang kuat ini kini berjuang untuk meneruskan hidupnya dengan penyakit leukemia yang dihidapinya.
Walaupun dia baru berusia 2 ½ tetapi dia sudah diuji dengan penyakit yang begitu serius. Siapa sangka anak kecil yang dahulunya gembira dan ceria kini menderita penyakit leukemia.
Vivian telah menghabiskan banyak masa di tingkat sembilan Hospital Kanak-kanak St. Louis dan kebanyakan masa dia telah diasingkan. Pintu biliknya sentiasa tertutup dan setiap orang yang datang ke biliknya akan memakai gaun khas, topeng dan sarung tangan. Vivian hanya mampu memandang ke luar…
Tetapi ada sesuatu yang berlaku kepadanya telah memberi perubahan kepada hidupnya. Dia tidak lagi bersendirian…
Si kecil Vivian, terpaksa tinggal di hospital dalam jangka masa yang panjang kerana penyakit leukemia yang dihadapinya.
Dari tingkat sembilan wad dia memandang ke luar tingkap, terdapat tapak pembinaan di luar tingkap itu. Dua pekerja binaan di situ, Travis Barnes dan Greg Combs setiap hari bekerja di sana sering mendapat perhatian Vivian.
Jadi aktiviti kegemaran gadis kecil ini ialah berlari ke tingkap setiap hari untuk melihat tapak pembinaan tersebut dan melambai-lambaikan tangannya kepada pekerja di tapak pembinaan tersebut.
Pada suatu hari, seorang anak gadis baru sahaja menjalani rawatan yang sangat menyakitkannya. Namun, dia masih kuat untuk melangkah ke tingkap untuk melambai kepada pekerja binaan itu seperti biasa.
Mereka telah megukir sesuatu pada plat keluli yang berbunyi “semoga cepat sembuh!” (Get well soon), sebagai dorongan kepada kanak-kanak perempuan ini.
Kemudian, kedua-dua pekerja telah datang untuk melawat si kecil Vivian. Selain itu, menurut Combs tindakan Vivian itu telah mengingatkannya kepada anak-anaknya.
Dia berkata: “Dia (Vivian) mengingatkan saya kepada anak-anak saya sendiri, setiap hari ada seorang gadis kecil melambaikan tangan dan telah membuatkan dia gembira sepanjang hari dan merasakan hidupnya sangat bermakna.”
Selepas lawatan itu, gadis kecil masih melambai kepada mereka setiap hari. Kini mereka bukan lagi hanya pekerja binaan, tetapi telah menjadi kawan Vivian!
Era Baru
Blogger Comment
Facebook Comment