"Saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik ke atas anak saya" - ADIK THAQIF SUDAH TIADA - ALFATIHAH



Johor Bahru: “Mohamad Thaqif Amin yang tenat meninggal dunia ketika kami sekeluarga sedang membacakan surah Yasin kepadanya.
"Saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik ke atas anak saya, mendoakannya menjadi anak yang soleh," kata bapanya Mohd Gaddafi Mat Karim.
Beliau yang juga bekas pemain bola sepak Selangor berkata, beliau sekeluarga reda dengan pemergian anak ketiganya daripada lima beradik itu.
Beliau berkata, jenazah anaknya akan dibawa pulang ke Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi untuk dikebumikan di tanah perkuburan Felda berkenaan selepas bedah siasat selesai.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan tidak putus-putus berdoa terhadap kejadian yang menimpa anaknya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment