SAMSENG TAK BERTEMPAT BARU PADAN MENDAPAT !! UMUR SETAHUN JAGUNG ...!!!!

Peniaga Dibelasah Selepas Tegur Pelajar Ponteng


Peniaga Dibelasah Selepas Tegur Pelajar Ponteng

BERANG selepas ditegur ponteng sekolah, seorang pelajar bertindak ‘samseng’ membelasah peniaga di sebuah pusat beli-belah di Gombak, Selangor hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, pelajar terbabit yang memakai pakaian sukan sekolah di Gombak berwarna merah dikatakan ditegur oleh peniaga kerana ponteng sekolah.
Difahamkan, berang dengan tindakan peniaga itu, dia memanggil beberapa rakannya dari Taman Melati, Gombak untuk membelasah peniaga tersebut hingga tidak sedarkan diri.
Turut dimuat naik gambar pelajar berkenaan dan dua lagi remaja dalam keadaan bergari di samping dua anggota polis serta keadaan peniaga yang terbaring di kedainya.
Peniaga Dibelasah Selepas Tegur Pelajar Ponteng
Bagaimanapun, tidak dijelaskan nasib pelajar dan peniaga tersebut.
Perkongsian gambar tersebut mendapat kritikan netizen dan ada yang meluahkan rasa kebimbangan mereka dengan kelakuan pelajar sekolah sekarang yang semakin samseng.
“Hurmm.. Tak tau nak kata apalah dengan bebudak skang nih.. Kecik-kecik lagi dah nak tunjuk samseng. Buat malu mak bapak jew korang nih.. Tau lah nasib korang kat dalam tu nanti. Baru korang tau tinggi rendah nyer langit,” tulis Rieky Irwan Syah
Netizen turut mahukan pelajar terbabit dikenakan tindakan sewajarnya dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting supaya dapat membanteras budaya samseng ini daripada terus ‘merebak’ dalam diri remaja masa kini. – MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment