Kes Dirotan Ustaz: Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia



JOHOR BAHRU – Pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadaffi yang dirotan pembantu warden sehingga kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, di sini petang tadi.

Media tempatan melaporkan, pelajar berusia 11 tahun itu meninggal dunia kira-kira pukul 2.05 petang.
Perkara tersebut turut disahkan oleh bapanya, Mohd. Ghaddafi Mat Karim, 43.
Kes Dirotan Ustaz: Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia
Kes Mohamad Thaqif menjadi tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lalu dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.
Bimbang jangkitan kuman merebak, kedua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong setelah didakwa sering dirotan pembantu warden asrama pusat tahfiz swasta di Kota Tinggi, Johor.
Keadaannya semakin membimbangkan sehingga tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku terpaksa dipotong kerana dijangkiti kuman.
Namun, pembedahan yang dijadual dilakukan pagi Rabu ini tetapi telah ditangguhkan susulan keadaan jantungnya berada dalam keadaan tidak stabil.
Susulan itu, seorang pembantu warden lelaki berumur 29 tahun kini ditahan reman bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut. – MYNEWSHUB.CC





Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment