Bekas Peserta AF Didakwa Dera Anak, Celup Tangan Anak Dalam Air Panas

Bekas Peserta AF Didakwa Dera Anak, Celup Tangan Dalam Air Panas


Ini satu berita yang membuat ramai terkejut tentang seorang penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasi (AF) musim ke-9

Mohammad Azri Abdullah atau Azri AF9 mengaku tidak bersalah di Mahkamah atas tuduhan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.

Untuk pengetahuan, Azri merupakan suami kepada juara program Mentor musim kelima, Salma, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Ssepanjang prosiding, Azri dilihat tenang sahaja.

Dikataakn, Azri melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang kini berumur 10 tahun itu dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, di sini, jam 8 pagi, pada 5 Mei 2016.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula kes.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment