Ammar Titan Bukan 'Calang-Calang' Orang, Lihat Biodatanya Pasti Ramai Terkejut Besar.


Pengacara sebuah rancangan komedi televisyen tempatan, Azizul Ammar Abu Hassan hari ini tampil memohon maaf ekoran tindakannya mempersenda nama mendiang bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Azizul dikatakan menyamakan mendiang bapa Watson dengan binatang menerusi sebuah rancangan televisyen.

"Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf atas keterlajuran saya terhadap Watson dan keluarganya.

"Tanpa sedar kami telah mencalar nama baik mendiang bapanya," katanya menerusi kenyataan di Intagramnya, hari ini.

Menurut Azizul lagi, dia sangat menghormati atlet terkemuka tanah air itu yang telah mencipta dan mengharumkan nama Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa.

"Saya juga mengucapkan rasa terima kasih terhadap komen dan teguran yang diberikan oleh semua pihak.

"Segala panduan dan teguran akan dijadikan panduan buat saya menjalankan tugas di depan hari dan saya akan lebih peka dalam menjaga sensitiviti masyarakat pada masa akan datang.

"Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua dan akan pastikan kesilapan ini tidak akan berlaku lagi," katanya lagi.

Terdahulu, Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) mengeluarkan permohonan maaf kepada Watson.


Sebelum ini, Watson dilaporkan menyatakan rasa kecewa dengan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang menghina bapanya dalam satu rancangan komedi yang disiarkan.

Bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter itu dikatakan berang selepas rancangan televisyen terbabit menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.

Walaubagaimanapun, Inilah serba sedikit mengenai Biodata Ammar yang ramai tidak tahu.


Nama Komersial: Azizul Ammar

Nama Sebenar: Azizul Ammar Abu Hassan

Umur: 28 Tahun (2015)

Tarikh Lahir: 4 Jun 1987

Kelahiran: Kota Tinggi Johor

Kerjaya: Pelakon dan Pengacara, Pagi AM Krew, Pelawak, Hot FM

Program realiti: Juara Bintang Mencari Bintang 2013, Qu Puteh Bintang Bersama Bintang 2015

Telefilem: Sesumpah Ramadhan, Kodok Atau Drumstick


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment