MANIK URAI, KELANTAN - Dua beradik dilaporkan cedera di bahagian kepala dan leher terkena sebatang besi yang melayang dari sebuah lori, lapor sumber.
Dalam kejadian pada malam Jumaat 3 Mac lalu, Solahuddin dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke kampung.
Namun secara tiba-tiba sebatang besi dari sebuah lori di hadapan mereka terjatuh lalu melayang menembusi cermin depan kereta bahagian tempat duduk penumpang depan dan terkena pada anak bongsunya yang duduk di riba isterinya. Malah batang besi itu turut terkena pada tengkuk anak perempuan mereka.
Difahamkan, anak bongsu pasangan itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
"Sudah empat hari anak kecil ini berada di wad ICU HUSM dan masih belum sedarkan diri," kata sumber.
Justeru, sumber memohon kepada orang ramai mendoakan agar mangsa selamat dan dipermudahkan segala urusan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak berada terlalu dekat dengan lori dan kenderaan yang seumpamanya. Jaga jarak kenderaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment