Wanita hamil nyaris maut digilis lori, namun kandungannya terpaksa digugurkan & kaki dipotong


ZHENJIANG, CHINA - Dua wanita nyaris maut digilis lori  selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan lori pembancuh simen, Isnin lalu. 

Lapor Qiangjiang Evening News, kejadian itu berlaku di Jiangxing, Isnin lalu yang menyebabkan seorang ibu terpaksa dipotong kaki dan bayi dalam kandungannya juga terpaksa digugurkan. 

Mangsa yang bersama anak perempuan membonceng motosikal yang ditunggang suaminya bertembung dengan sebuah lori pembancuh simen menyebabkan kedua beranak itu terperosok di bawah tayar lori. 

Ketika kejadian itu, si ibu sempat menarik anak perempuannya ke bawah badan bagi mengelakkan anaknya mengalami sebarang kecederaan. Tindakannya itu menyebabkan si ibu mengalami kecederaan parah, manakala suaminya hanya mengalami kecederaan ringan. 

驚悚直擊!砂石車輾騎士 差1秒險爆頭
驚悚直擊!砂石車輾騎士 差1秒險爆頭 #人間四月編:畫面太恐怖了!看了好害怕 影片來源:騰訊視頻 #驚悚 #砂石車 #輾騎士
Posted by 東森新聞 on Wednesday, March 1, 2017

Si ibu yang hamil lima bulan itu terpaksa dipotong kaki dan kandungannya digugurkan kerana ubat yang perlu diambil akan membahayakan bayi. 

Siasatan polis mendapati, si suami tidak mempunyai lesen dan menunggang di lorong yang salah, manakala lori tersebut dipandu laju ketika membelok ke kanan.

Sumber: Qiangjiang Evening News, Sinar Harian
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment