Dalam kejadian jam 12.00 tengah hari, mangsa Muhammad Albani, 8, yang sedang tidur di ruang tamu dihampiri oleh suspek, Ahmad Subhan, 48, lalu menetak leher mangsa dengan menggunakan parang. tetakan yang tepat di leher menyebabkan mangsa maut serta merta.
Suspek kemudian memanggil isterinya yang tidur di dalam bilik dan mengatakan bahawa anak mereka sedang menangis. Melihat anaknya berlumuran darah, si ibu terus menjerit sebelum jiran datang membantu membawa mangsa ke hospital. Namun mangsa telah meninggal dunia.
Suspek mengakui melakukan pembunuhan itu sebaik saja tersedar dari pengsan selepas kejadian itu. Susulan kejadian itu, suspek ditahan polis. Walaubagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan.
etua Pesuruhjaya Polis Haris Dinzah berkata, suspek telah ditahan susulan kejadian itu dan masih dalam keadaan murung. Pegawai penyiasat masih belum dapat merungkai motif pembunuhan tersebut.
Lapor portal berita Indonesia, suspek yang menyesal dengan perbuatannya itu bagaimanapun mengaku berbuat demikian dalam keadaan sedar dan tiada mendengar sebarang bisikan suara yang mendorong kepada tindakannya itu.
Tempat mangsa berusia 8 tahun yang sedang tidur ditetak bapanya dengan parang
Suspek kemudian mendedahkan punca dia membunuh anaknya, katanya
“Saya sakit hati, dia satu-satunya anak lelaki saya dan sayang sangat menyayanginya. Dia sering memaki saya dengan kata-kata kotor. Dia selalu berbuat demikian padahal dia masih kecil.
“Selama ini saya tak pernah memukulnya dan tidak pernah terfikir akan melakukannya (pembunuhan tersebut). Tetapi setiap nasihat yang saya berikan, selalu dibalas dengan kata-kata tidak sepatutnya yang membuatkan emosi saya adakalanya marah,” kata suspek.
Suspek juga dikhabarkan kerap menjadi imam di masjid kampungnya, dia juga tidak menolak kemungkinan anaknya bersikap kurang ajar seperti itu berpunca dari pergaulan dengan rakan-rakannya.
Sumber:- The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment