Sangka Mabuk Ketum..Polis Dedah Punca Sebenar Dua Remaja Mati Dalam Kereta Di Panchor !!!

Sangka Mabuk Ketum..Polis Dedah Punca Sebenar Dua Remaja Mati Dalam Kereta Di Panchor !!! |Misteri Dua remaja berusia 18 tahun ditemui mati dalam sebuah kereta telah menggemparkan penduduk Panchor,semalam.



Ramai pihak membuat spekulasi mendakwa kematian dua remaja berkenan adalah akibat dari pada overdose minum ketum yang dicampur ubat.


Namun selepas bedah siasat dijalankan, kematian dua lelaki berusia 18 tahun berpunca daripada strok haba.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff, berkata orang ramai menemui kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta itu, jam 6 pagi semalam.
“Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Mohamad Sharul Nizam Hasbullah dari Kampung Gertak Sagu dan Nik Muhammad Hafiz Nik Zamzam dari Kampung Panchor, Kemumin,”
Sementara itu, seorang penduduk, Salimah Kamaruddin, 34, berkata ketika kejadian, dia baru hendak memulakan perniagaan kedai makan berhampiran dengan rumah mangsa.
“Ketika saya sampai, saya lihat orang ramai sudah memenuhi perkarangan rumah mangsa dan tidak menyangka ada orang yang mati dalam kenderaan. “Mangsa (Sharul Nizam) menyewa bersama ibu serta tiga adik beradiknya di situ sejak sekian lama,” katanya.
Video Player
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment