Kegembiraan bakal dinikmati untuk menyambut hari jadi rakan bertukar menjadi suram apabila ditimpa kecelakaan sebelum sempat meraikannya.
Begitulah gambaran tentang apa yang menimpa Lee Li Yun seorang ibu tunggal berusia 33 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menyambut hari jadi rakannya.
Difahamkan selepas pulang dari kerja, Li terus berangkat untuk menghadiri majlis hari jadi rakannya dan menggunakan perkhidmatan Uber
Namun, ketika di dalam perjalanan, kedua-dua Lee dan pemandu itu terlibat dalam kes langgar lari. Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Pelangi Indah, Johor Bharu pada 12 Februari lalu pada jam 3 pagi.
Pemandu Uber itu pula disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah manakala Li koma sehingga kini. Lebih menyedihkan lagi, pemandu berbangsa Melayu itu sudah berkahwin dan baru dikurniakan cahaya mata, kini berusia 2 bulan. Kesiannya
Menurut kakak sulung mangsa, Lee Wei Wei, keluarga mereka menerima panggilan daripada pihak hospital pada jam 9 pagi yang memaklumkan tentang kemalangan yang menimpa adiknya itu.
Tanpa disangka, adik saya terlibat dalam kes langgar lari oleh pemandu tidak berhati perut ketika dalam perjalanan ke destinasi. Kami dimaklumkan dia dimasukkan ke hospital akibat kecederaan parah.” katanya.
Wei memberitahu bahawa laporan polis telah dibuat namun mereka perlu menunggu adiknya sedar dari koma bagi mendapatkan keterangan tentang kemalangan tersebut untuk menjalankan siasatan.
Tiada petunjuk kami perolehi untuk mengesahkan jika motorsikal terbabit dalam kemalangan ini ataupun pemandu yang langgar lari itu berbangsa Cina. Saya percaya penunggang motorsikal itu menyaksikan kemalangan tersebut dan berharap dia akan tampil untuk memceritakan hal yang sebenar.” kata Wei.
Menurut pihak polis, motorsikal terlibat di dalam kemalangan itu memandangkan satu helmet dijumpai di tempat kejadian.
Blogger Comment
Facebook Comment