PADAH Cuba MEROMPAK & MER0G0L Gadis Ini, 2 Lelaki Koma & Patah Leher !!! | Kota Kinabalu- Seorang wanita yang dikenali sebagai Alice Lien Hua, 20 nekad menyerang 2 individu lelaki bersenjatakan pisau yang dipercayai cuba meragut dan merogolnya. Kejadian berlaku pada 4 Mac 2017 , jam 11.40 lalu.
Mangsa yang hendak pulang ke rumahnya memandu seorang diri dari rumah saudaranya di penampang, setibanya di jalan putatan berdekatan sungai petagas mangsa (alice) memberhentikan kenderaannya di tepi jalan kerana merasakan dia diekori 2 individu yang menunggang sebuah motorsikal sepanjang perjalanannya dari bandar putatan.
Mangsa yang berhenti sebentar (di tempat kejadian) untuk memberi laluan kepada 2 individu yang mengekorinya itu mendapati 2 individu itu turut berhenti di hadapan kenderaanya dan terus menyuruh membuka cermin kereta. Mangsa terus keluar dari kenderaanya untuk bertanya apa yang mereka mahu, lalu seorang daripada mereka bertindak mengeluarkan sebilah pisau dan meminta duit namun mangsa enggan memberikannya.
Lelaki itu terus menarik tangan mangsa dan mengheretnya kearah semak, lalu seorang lagi individu itu terus masuk kedalam kenderaan mangsa untuk mengambil beg tangan.
Selepas itu terjadi pergelutan di antara mereka yang mengakibatkan 2 individu itu koma di tempat kejadian, sejurus selepas kejadian ada beberapa orang awam dan kenderaan berhenti, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan cuma terkena 1 tumbukan di bahagian atas keningnya.
Mangsa yang merupakan ahli taek wan do menceritakan pada pemberita pada masa itu yang dia langsung tidak merasa takut apabila 2 orang itu memaksanya membuka cermin.
Maklumat daripada orang awam mengatakan 2 individu itu adalah penagih dadah di kawasan petagas kota kinabalu. Manakala 3 anggota c.i.d yang tiba di tempat kejadian mengesahkan identiti saspek itu adalah pendatang asing dan tidak mempunyai dokumen yang sah. 2 suspek yang masih dalam keadaan koma pada waktu itu dibawah ke KPJ luyang dalam tahanan penyiasatan manakala mangsa(alice) dibawa ke pejabat polis kota kinabalu bagi membuat laporan.
Sumber:- Eberita
Blogger Comment
Facebook Comment