" Oh Puk*m** Kau Meletup..Pu**...Puk***ak Hantu.. " -Melatah di Konti, Amy Mastura dan Suria FM Didenda RM 10 000

Nie la makan dia kalau melatah tak kena tempat...nak salahkan yg melatah, yg kacau si melatah tu dah kenapa ? dah tahu kawan MELATAH sampai MENCARUT....siaran radio bukan sorang dua yg dengar....apa pun, kawan-kawan yg lain ambil pengajaran yee......



GARA-GARA latah dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan, penyanyi Amy Mastura dan stesen radio Suria FM didenda tidak sampai RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM).

Media tempatan melaporkan, denda tersebut telah dijelaskan pada 23 Februari lalu oleh pihak stesen radio swasta berbahasa Melayu berkenaan.

Suria FM turut menafikan laporan berhubung stesen radio tersebut dikatakan didenda RM50,000 seperti yang tular dihebohkan sebelum ini.

Pengurus besar program Suria FM, Subarma Mokhtaruddin berkata, pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

“Jumlah denda adalah kurang daripada RM10,000 bukannya RM50,000 seperti yang didakwa dan kami terkejut apabila perkara ini dibangkitkan sedangkan ia telah diselesaikan,” katanya.

Denda tersebut dikenakan susulan tindakan penyanyi Amy Mastura yang terkenal sebagai kaki latah telah mencarut dalam program ‘Suria Pagi’ secara langsung 7 Disember tahun lalu.

Oleh kerana penyampai yang terlalu ghairah mengusik Amy, tanpa disangka Amy Mastura melatah dengan ayat carutan, “Oh p****** kau meletup, p***, p****** hantu.”

Program itu dikendalikan penyampai radio popular, Halim Othman, Zulin Aziz dan Fizi Ali.

Sementara itu Amy Mastura, yang hits dengan lagu Sha Na Na, berkata beliau tidak tahu-menahu tentang denda itu dan enggan memperbesarkan isu tersebut.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment