Kat FB Confiden Cakap Suami Setia. Aku Stalk FB Suami Dia Dan Try Chat. Apa Yang Terjadi Memang MENGEJUTKAN !!!

Kat FB Confiden Cakap Suami Setia. Aku Stalk FB Suami Dia Dan Try Chat. Apa Yang Terjadi Memang MENGEJUTKAN !!!| Bila dibaca kisah kisah rumah tangga ni teringat satu perbuatan bodoh yang saya telah buat. Setiap manusia ada nasib masing masing. Al kisahnya bermula ada satu post yang mengisahkan suaminya curang. Biasalahkan komen komen yang memberi semangat kepada si pengadu dan ada juga sesetengah komen yang memaparkan kebahagiaan rumahtangganya sehingga membuatkan saya berasa jelik. “Suami seorang yang penyayang, setia, bertanggungjawab tidak akan curang bla…bla…”.
lp

Nak dijadikan cerita saya pun stalk la si pengomen ni dan kebetulan nama si suami terpapar bahagian married tu. Berbekalkan rupa yang boleh dikatakan cun Apa lagi saya pasang strategi la nak tengok sejauh mana kesetiaan si suami terhadap si isteri, Saya punya pun “HAI” la dalam masenger. Tak lama lepas tu dia balas, Saya pun chat la macam biasa tanya asal mana dll. Niat sampai di situ jer, Tapi ya Allah gatal rupanya siap ada miscall dari masengger ajak jumpa dll. Dalam masa 24 jam terus saya block.

Oleh itu saya hanya nak berpesan kepada warga isteri suami tunang girlfriend boyfriend untuk bahagian wall kita tu biarlah tulis married jer tidak perlu nama suami. Tidak perlu tag nama suami dalam komen yang umum macam beautiful nara, pen merah, makcik puasa ker dan page-page umum yg lain dan hide kan frendz list anda. Sebab ada mata yang memerhati. Begitu jugak kalau nak share biarlah buat only me sahaja. Ingat kebanyakkan kecurangan berpunca dari fb.
Kepada si pemberi komen mungkin dia baca komen ni nasihat saya jangan terlalu taksub dengan suami. Perkahwinan anda baru masuk 2 tahun dan seorang anak belum pun cukup setahun, kena curiga sedikit kepada si suami nya janganlah menggatal, pantang nampak perempuan hai hoi kat awak dalam masengger.
Kepada si pengadu saya doakan rumah tangga awak berbahagia selalu dengan komen yang membina. Maafkan saya kerana ganggu sekejap rumah tangga anda dalam masa 24 jam dengan niat nak tahu kesetiaan suami anda. Kepada suami yang setia tahniah. Itu adalah yang pertama dan terakhir saya buat kerja bodoh. Kredit:-KRT


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment