Kalau Sudah Jodoh Tak Ke Mana Dalam Group Memasak Berjumpa Juga



Satu kisah yang amat menarik yang dikongsikan oleh seorang lelaki apabila dia memuat naik sekeping gambar di hari perkahwinannya yang amat menarik perhatian netizen sehinggakan jadi tular dan puluhan ribu komen tahniah diucapkan kepadanya.

Pemilik akaun facebook yang dikenali sebagai Mohd Herman itu telah membuat satu kejutan kerana melalui perkongsiannya di group Masak Apa Hari Ini (MAHN), dia memaklumkan bahawa dia telah berkahwin dan bertemu jodoh dengan isterinya melalui group masakan yang terkenal di facebook ini.

Jarang sekali perkara seperti ini berlaku di kalangan pengguna facebook

 Ini membuktikan bahawa media sosial juga mempunyai kelebihan tersendiri apabila telah berjaya menyatukan dua hati sehingga ke jinjang pelamin.

Ribuan netizen mengucapkan tahniah kepada mereka berdua, malahan ada diantara mereka menyatakan seperti tidak percaya serta kagum dan terkejut dengan berita ini.

Keunikan hubungan yang telah disahkan ini adalah pasangan terbabit mempunyai minat yang sama iaitu memasak. Melalui group masakan tersebut mereka berkongsi segala jenis resepi masakan bersama.

Pastinya alam perkahwinan pasangan ini menjadi lebih indah dan seronok kerana kedua-duanya pandai memasak. Soal masakan tidak lagi menjadi masalah kepada mereka. - Koleksi Viral
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment