Dua Orang Ni TERPERANGKAP Atas Batu. Apa Jadi Seterusnya Buat Ramai TERPANA !!!

Dua Orang Ni TERPERANGKAP Atas Batu. Apa Jadi Seterusnya Buat Ramai TERPANA !!! | Dua remaja lelaki menempuh saat mendebarkan apabila terperangkap di atas batu besar lebih sejam di tengah-tengah air terjun apabila tiba-tiba berlaku kepala air ketika berkelah di Air Terjun Pertak, di sini beberapa hari lalu.

1

Dalam kejadian itu kira-kira jam 3.40 petang, Muhammad Ashyraf Abdul Rahim dan Nur Muhammad Azman, masing-masing berusia 21 tahun sedang mandi bersama enam lagi rakan sebelum hujan lebat kira-kira jam 3 petang menyebabkan berlaku kepala air.

Kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat naik ke tebing namun enam lagi rakan mereka dapat menyelamatkan diri.
Bomba membantu menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap di tengah sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Pertak, petang tadi. Bomba Bomba yang menerima laporan pada jam 3.40 petang, menghantar sepasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu terdiri daripada seorang pegawai dan enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan 11, Rosdi Shafie.
Jurucakap bomba Selangor, berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan tali menyelamat. “Kedua-duanya berjaya melintasi kawasan air terjun yang deras menggunakan tali menyelamat yang kita rentang ke tebing tanpa mengalami apa-apa kecederaan.

Bomba membantu menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap di tengah sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Pertak, petang tadi.
Bomba membantu menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap di tengah sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Pertak, petang tadi.
“Mangsa bersama enam rakan sampai ke kawasan air terjun itu pada jam 2 petang dari Selayang untuk berkelah sebelum fenomena kepala air berlaku akibat hujan lebat kira-kira jam 3 petang,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Difahamkan, pasukan bomba terbabit turut menyelamatkan sekumpulan lagi pengunjung air terjun berkenaan yang terperangkap di seberang kawasan air terjun di satu lagi lokasi lain air terjun berkenaan. KREDIT Beritaharian.
Terkini selepas beberapa hari kejadian mereka disahkan stabil tetapi masih lagi trauma dengan kejadian tersebut. Siapa tak gayat bila hadapi kejadian yang anytime boleh ragut nyawa. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada semua supaya berhati2 ketika mandi sungai. InsyaAllah.



Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment