Di dinding bilik rawatan Jabatan Kecemasan, jam menunjukkan lewat 12 tengah malam. Sejak aku memulakan syif malam berseorangan untuk keseluruhan jabatan beberapa jam sebelum itu, pesakit tidak putus datang. Tepat jam tengah malam lima pesakit asma yang datang dengan nafas sesak segera diberikan gas nebulizer di zon asma. Dalam masa yang sama, seorang pakcik datang dengan sesak nafas sambil tekanan darah menunjukkan 215/120. “Tarik nafas pakcik, ” seraya itu telingaku menangkap bunyi kasar seperti air bergelegak apabila hujung stetoskop dikenakan pada belakang dadanya . Sah aIr memenuhi paru-parunya kerana tekanan darah terlalu tinggi. Segera aku mengarahkan pembantu jururawat menyuntik ubat frusemide dan glyceryl nitrate sambil oksigen diberi. Perlahan-lahan pakcik terasa dapat bernafas lega dan bacaan oksigennya meningkat dari 89% kepada 100%. Pakcik itu stabil kembali lalu kusegerakan catatan dalam dokumen perubatan lalu pakcik pun dimasukkan ke wad. Sementara pakcik diuruskan untuk dimasukkan ke wad, seorang lagi datang kerana motosikalnya terlanggar kereta. Aku segera meminta X-ray dibuat memandangkan semua pemeriksaan pernafasan dan kitaran darahnya bagus. Setelah X-Ray menunjukkan patah tulang peha, dia kumasukkan ke wad untuk pembedahan oleh pasukan pakar tulang.
‘Tension’
Suasana menjadi aman seketika. Tatkala itu, aku melihat 2 kad diletakkan serentak di atas mejaku. Aku melihat ruangan masalah dan melihat perkataan ‘Tension’. Aku fikir mungkin masalah darah tinggi atau ‘hypertension’. Memandangkan tiada lagi pesakit, aku meminta petugas memanggil pesakit kad pertama masuk. “Ahmad bin Ibrahim, sila masuk.” Masuk seorang lelaki berumur 56 tahun seperti yang tertera pada kad bersama seorang gadis jelita berumur dua puluhan. Mereka berdua berdiri di sebelahku . Aku melihat mereka saling berpandangan. “Ya Encik boleh duduk. Encik ada darah tinggi ke,” soalku. Mereka sekali lagi berpandangan lalu gadis cantik itu memandangku dan berkata, “Maaf doktor. Sebenarnya ini Abah saya. Masalahnya, kami berdua bertengkar dari pagi sampai malam. Kami dah tak tahu nak buat apa. Akhirnya kami buat keputusan untuk berjumpa doktor,” katanya serius. Barulah aku sedar ketika itu bahawa kad yang satu lagi juga bertulis ‘Tension’ di ruangan masalah dan namanya adalah Rozita binti Ahmad berumur 21 tahun. Ketika itu lalu seorang doktor dari disiplin surgery yang terdengar aduan ‘pesakit’ ini. “Send them away, ” bisik doktor itu sambil dia berlalu setelah memandang mereka dengan pandangan yang sinis.
Bapa Vs Anak
Aku melihat bapanya, Encik Ahmad seakan sedikit malu. Anaknya memandangku dengan harap. Kemudian masuk ibunya lalu dia pula berkata, “Maaf doktor, saya dah tahu nak buat apa. Anak saya dan suami saya berdebat tidak henti-henti dari pagi hingga malam.” Aku mempunyai pilihan sama ada untuk menghantar mereka pulang kerana Jabatan Kecemasan bukanlah untuk kes-kes ‘Tension’ sebegini. Tetapi jauh di sudut hati, aku rasakan sedikit simpati. Memandangkan yang tinggal hanyalah pesakit asma yang kesemuanya hanya menunggu gas nebulizer disempurnakan, aku mendapat satu idea.
Dua Helai Kertas
Aku mengambil dua helai kertas lalu kuhulurkan kepada Encik Ahmad dan anaknya, CIk Rozita. “Begini, saya mohon adik ni dan encik Ahmad setiap seorang senaraikan apa yang tak puas hati. Saya nak selesaikan pesakit asma saya sementara senarai ini ditulis. Mereka berdua keluar dari bilik rawatan.
Aku mula memeriksa pesakit-pesakit di zon asma. Kelima-lima pesakit asma yang kulihat tidak lagi sesak nafas dan stetoskopku yang setia membisikkan bunyi pernafasan yang normal lalu kesemua mereka kubenarkan pulang setelah preskripsi ubat kutulis. Setelah preskripsi terakhir selesai kutulis, Encik Ahmad dan CIk Rozita pun masuk semula. Kali ini kulihat, terdapat dua senarai yang tertulis di atas kertas.
Aku menjemput kedua-dua mereka untuk duduk di atas kerusi.
‘Senarai Tak Puas Hati’
Aku mulakan dengan senarai dari Encik Ahmad. Kubacakan satu-persatu dengan memulakan senarai si bapa.
“Ok Cik Rozita, ini apa yang ditulis oleh bapa ya ….
“Ok Cik Rozita, ini apa yang ditulis oleh bapa ya ….
Sementara senarai kubaca, Encik Ahmad menambah, “Doktor, tolonglah, ini satu-satunya anak saya. Saya tak ada yang lain. Dia pelajar di Kolej Perguruan. Baru pulang bercuti. Adakah patut, sampai saja dengan bas, dia terus ajak saya untuk beli tiket bas. Dia baru saja balik bercuti. Macam tak sempat-sempat nak tinggalkan kami. Lagi satu, saya rasa dia kena buatan orang. Dia boleh tahu rahsia orang. Kemudian asyik lawan cakap saya. Dulu dia ada bertunang. Mungkin dia kena buatan orang,”
Aku mendengar rintihan Encik Ahmad. Aku menoleh ke arah CIk Rozita. Orangnya kecil. Kulitnya putih melepak dan rambutnya diikat di belakang. Dia memakai seluar jeans dan bajut T. Aku melihat air mata bercucuran dari matanya yang lentik. Untuk seketika, aku terasa seakan melihat satu episod drama swasta. Lalu, aku meminta komen darinya berdasarkan senarai yang diberi.
Senarai Bapa
“Senarai bapa, 1. Anak kena ‘buatan orang’ – selalu melawan cakap bapa, ” Aku memandang ke arah CIk Rozita dengan pandangan meminta penjelasan. Dia seakan faham lalu berkata,
“Laa doktor…macam mana saya tak lawan. Bapa saya bawa bomoh, kononnya untuk berubat. Tiap-tiap malam ada bomoh berlainan. Kalau sampai sebulan macam-macam bomoh Abah bawa, dan macam-macam air saya kena minum, tentulah saya melawan. Bila saya lawan, bomoh cakap ‘memang bapa jin ada dalam badan dia. Tu yang dia melawan’. Bukan jin doktor…saya yang penat dan marah.”
“Laa doktor…macam mana saya tak lawan. Bapa saya bawa bomoh, kononnya untuk berubat. Tiap-tiap malam ada bomoh berlainan. Kalau sampai sebulan macam-macam bomoh Abah bawa, dan macam-macam air saya kena minum, tentulah saya melawan. Bila saya lawan, bomoh cakap ‘memang bapa jin ada dalam badan dia. Tu yang dia melawan’. Bukan jin doktor…saya yang penat dan marah.”
Aku menoleh ke arah bapa yang memandang ke bawah. Air mata bercucuran lagi. Aku fikir kalau ada produser drama atau filem tentu Cik Rozita sudah ditawarkan untuk berlakon.
“Okay, seterusnya saya bacakan perkara kedua dalam senarai bapa Cik….2. Anak ada kebolehan ‘tahu rahsia orang,” sekali lagi aku memandang Cik Rozita lalu dia memeberikan penjelasan, “Doktor, saya duduk dalam bilik saya. Kaum keluarga datang semua cerita masalah dan rahsia kepada Abah. Semunya saya dengar. Jadi bila saya marah, tentulah saya buka cerita semua. Habislah satu persatu saya buka rahsia mereka. Mak dan Abah terkejut bagaimana saya boleh tahu segala cerita. Padahal dinding bilik saya bukannya tebal sangat atau kedap udara. Semua cerita ada dalam kepala saya! “
Encik Ahmad kelihatan terkejut tetapi wajahnya seperti baru kini memahami misteri yang selama ini tidak terungkai kerana tidak pernah dijelaskan oleh anaknya.
‘Kucing’
“Baik, kita teruskan dengan perkara berikutnya….
- Anak minta belikan tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur..,” Kali ini aku cuba memahami hati si bapa lalu cuba memberikan analogi mudah kepada Cik Rozita. “CIk Rozita, mungkin bapa Cik Rozita berasa rindu sebab lama tak jumpa Cik Rozita. Macam apabila kita bela kucing juga. Kita bagi makan,kita jaga tapi bila kita panggil, kucing tu tak nak datang tapi nak pergi jauh. Tentu kita terasa jauh hati kan?”
Cik Rozita mengesat air matanya. Kini bibir merahnya menguntum senyum. Mungkin dia boleh menerima peneranganku? Bibirnya menguntum kata, “Sebenarnya doktor, ini pasal kucing jugak.” Aku terpinga-pinga tidak faham. Dia seraya menyambung, “Sebenarnya kucing saya di rumah baru mati. Kucing tu dah lama tinggal dengan keluarga sejak saya kecil. Saya sedih. Saya tak boleh duduk lama kat rumah tu sebab teringatkan kucing tu. Sebab tu saya minta Abah untuk terus pergi beli tiket supaya dapat pulang awal. Bukannya sebab saya tak sayangkan Abah saya.” Encik Ahmad memandang ke arah anaknya. Baru sekarang semua misteri terungkai. “Jadi Encik Ahmad faham kenapa anak nak pulang cepat ke Kuala Lumpur?” aku bertanya. Dia mengangguk perlahan. Kini dia pula mengesat air matanya.
Puan Halimah yang mendengar semua perbualan kami diam tidak berkata apa-apa. “Macam nilah. Saya rasa sekarang semua orang faham situasi yang sebenar. Tak ada apa lagi yang perlu digaduhkan lagi. Saya nasihatkan Encik Ahmad dan CIk Rozita untuk dengar isi hati masing-masing. CIk Rozita mungkin perlu masa sebab sedih kucingnya mati. Tak ada buatan orang. Pergilah berjalan-jalan di luar kalau rasa tak selesa duduk di rumah. Insya Allah semua akan ok.” Mereka berdua mengangguk. Lalu bapanya berkata, “Sebenarnya doktor, sebelum ini kami dah jumpa pakar sakit jiwa. Tapi kami masih bertekak. Kami tak tahu nak buat macam mana.”
“Tak apa Encik Ahmad. Lain kali kalau masalah timbul lagi, buatlah senarai masing-masing dan kemudian bincang satu-persatu. Kita kena dengar setiap satu dan leraikan. Kalau tak dengar, semua masalah bersarang di hati dan lama-lama masalah kecil jadi besar,” kataku. Terdapat beberapa kad baru masuk dan aku perlu melihat kes-kes kecemasan.
Aku memandang perkara terakhir pada senarai Encik Ahmad yang tertulis, 4. Anak tak dengar kata. Melihat mereka seakan sudah mendapat peleraian bagi sengketa, aku merasakan tidak lagi perlu meneruskan membaca perkara terakhir Encik Ahmad. Aku melihat pula senarai CIk Rozita yang tertulis :
Aku memandang perkara terakhir pada senarai Encik Ahmad yang tertulis, 4. Anak tak dengar kata. Melihat mereka seakan sudah mendapat peleraian bagi sengketa, aku merasakan tidak lagi perlu meneruskan membaca perkara terakhir Encik Ahmad. Aku melihat pula senarai CIk Rozita yang tertulis :
Senarai anak
1. Bapa paksa untuk dirawat oleh bomoh
2. Bapa suruh tinggal lama di rumah
3. Bapa tak faham dan tak dengar
1. Bapa paksa untuk dirawat oleh bomoh
2. Bapa suruh tinggal lama di rumah
3. Bapa tak faham dan tak dengar
Memandangkan semua perkara di atas telah disentuh dan dijawab sekaligus apabila senarai bapa telah dikupas, aku yakin tidak lagi perlu meneruskan perkara yang sama.
“Baiklah doktor. Minta maaf kami datang malam-malam macam ni. Tapi saya rasa okay. Kami balik dulu,” kata Encik Ahmad. Aku tersenyum dan melihat mereka berdua meninggalkan bilik rawatan.
‘Pening’
Aku melihat kad di hadapanku. Setelah 5 pesakit kuselesaikan rawatan, aku melihat kad yang kelima tertulis “Pening.” Pesakit tersebut masuk lalu berkata, “Doktor, saya sebenarnya dah mati. Tapi saya hidup semula. Sekarang saya datang supaya doktor boleh periksa saya.” Aku melihat jam di dinding menunjukkan tepat jam 1.30 minit pagi. Untuk seketika, aku terasa seakan bulu roma berdiri dan di hadapanku adalah hantu. Matanya tajam merenungku. Perlahan, aku menyentuh tangannya. Terasa haba kulit dan ada nadi berdenyut. Tak mungkin orang yang mati mempunyai nadi. Tekanan darah kuambil dan bacaannya normal. Dia tidak kelihatan pening. Sebaliknya aku yang terasa pening dengan masalahnya. Dia juga amat tenang dan tidak agresif. Aku berfikir sejenak. Kalau tadi ada masalah ‘tension’ anak beranak, mungkin kes ini ada kaitan dengan gangguan jiwa juga. Dia kelihatan tidak sedikitpun merasakan kenyataannya salah. Dan seseorang yang tidak berasa pelik dengan kelakuan peliknya sendiri adalah suatu tanda samada ada gejala psikosis ataupun penyakit skizofrenia. Aku fikir, Jabatan Kecemasan kini sudah bertukar menjadi pusat kaunseling dan aku pula perlu menjadi kaunselor atau doktor sakit jiwa sementara merawat kes-kes kecemasan. Betullah kata sesetengah orang…’A&E’ bukan hanya bermaksud “Accident and Emergency’ tetapi ‘Anything and Everything’.
# nama ditukar bagi melindungi identiti sebenar pesakit. Kredit:-Alzamani Mohammad
Blogger Comment
Facebook Comment