KUALA LUMPUR - Gambar seorang kanak-kanak lelaki berdiri di belakang bapanya yang menunggang motosikal viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen.
Tindakan si bapa yang membiarkan anaknya berdiri sambil ditahan dengan tangan sebelah kiri itu amat berbahaya dan jika berlaku kejadian yang tidak diingini, boleh meragut nyawa ketiga-tiga anak beranak itu.
Terdapat pelbagai kesalahan yang dilakukan. Antaranya:
- Helmet hitam yang digunakan kanak-kanak itu tidak menepati ciri-ciri keselamatan.
- Pembonceng berdiri semasa motosikal sedang bergerak.
- Penunggang dan pembonceng tidak memakai kasut.
- Si bapa menunggang motosikal dengan sebelah tangan.
Empat kesalahan yang dilakukan itu jelas sekali si bapa mengabaikan aspek keselamatan diri dan dua anak kecilnya itu.
Biar apa pun alasan yang diberikan, keselamatan diri dan pembonceng perlu diutamakan. Biar anak menangis, jangan ibu bapa yang menangis bila anak sudah tiada. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment