RAWANG - Seorang
lelaki warganegara Bangladesh ditumbuk kerana didakwa cuba menggunakan minyak
calit pengasih untuk memikat isteri seorang kakitangan penyelenggara, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian
Rabu lalu, pekerja warga asing berumur 40'an itu didakwa menyentuh tangan
seorang wanita tempatan yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Beruntung.
Menurut Shahrul,
28, suami kepada mangsa berkata, isterinya yang baru bekerja di kilang itu
sebagai penyelia sejak sebulan yang lalu sebelum ini pernah mengadu lelaki
terbabit bertindak menyapu minyak pelik di tangannya beberapa minggu
lalu.
Namun Shahrul
tidak mengendahkan keluhan isterinya itu kerana beranggapan sentuhan itu
mungkin tidak disengajakan ketika kali pertama berlaku.
Berdasarkan
perkongsian yang tersebar di media sosial, dia telah bersabar meskipun lelaki
itu mengulangi perbuatannya beberapa kali sehingga dia terpaksa membawa
isterinya pergi berubat.
"Bangla
sekarang dah semakin gila dan berani, pandai dah menyentuh isteri orang, calit
minyak dagu di isteri orang. Mujur saya sedar awal sebelum terjadi apa-apa yang
lebih teruk. Kali pertama dan kedua saya masih bersabar, namun kali ketiga
calit, saya memang hilang kesabaran," katanya.
"Kejadian
ini berlaku di tempat kerja, CCTV semua pun ada. Bila kita berdiam,
dpijak-pijak muka kita. Harus diberi pengajaran sikit pada lelaki ini. Patutlah
sekarang ramai sangat kes perempuan Melayu banyak ikut mereka. Rupa-rupanya
inilah rahsia mereka.
"Bukan
berniat nak berlaku kejam atau menganiaya sesiapa, tetapi hanya sekadar
pengajaran untuk kita saling ingat mengingati agar lebih berhati-hati,"
jelasnya lagi.
Menurut Shahrul,
dia dan pihak kilang berkenaan telah membuat laporan polis. Shahrul bersedia
dihukum dan tidak kisah masuk ke penjara andai kata dia didakwa mereka-reka
cerita. Dengan segala bukti yang ada telah diserahkan kepada polis,
Shahrul memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
"Mula-mula
saya pun tak percaya. Tetapi bila sudah terkena pada isteri saya sendiri, saya
tak boleh berdiam diri. Saya bertindak kerana mahu mempertahankan hak saya dan
tanggungjawab saya sebagai seorang suami," katanya. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment