Dengan teknologi yang ada zaman sekarang ni, memang belum ada lagi ubat kencing manis yang boleh menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini. Tak kiralah sama ada Type 1 Diabetes ataupun Type 2 Diabetes.
Apa yang boleh kita buat? Hanyalah dengan mengawalnya sahaja supaya ia tak jadi lebih teruk dan tak memudaratkan badan dengan lebih teruk. Lebih teruk lagi jika terlalu percaya pada produk pseudoscience yang menjanjikan pelbagai jenis produk untuk merawat kencing manis. Ending up, percaya bulat-bulat dan tinggalkan ubat doktor.
Tau-tau jek kencing manis dah langsung tak terkawal lalu menyebabkan kerosakan organ-organ dan tubuh badan. Sedangkan ubat doktor sebenarnya berperanan untuk kawal gula darah supaya organ, salur darah dan saraf tubuh tak rosak.
Ada 9 tanda macam mana nak tau kencing manis yang tak terkawal ni
1. Berak dan kencing tak lancar
Ini jadi sebab kerosakan saraf lalu menyebabkan badan tak rasa bila nak buang hajat, walaupon sebenarnya pundi kencing dah pon penuh. Jadinya, ramai pesakit kencing manis selalu terkena jangkitan pada pundi kencing. Untuk buang air besar pulak, jadi cirit birit ataupun jadi sembelit. Sebabnya saraf ke usus kecil dah tak efisien. Bila makan pulak, perut dah kurang keupayaan nak gerakkan makanan ke sistem penghadaman, menyebabkan muntah dan kembung perut.
2. Hilang Keupayaan Mendengar
Dalam otak ada banyak salur-salur darah yang kecil dan juga saraf-saraf dalam telinga yang bantu penghantaran suara dari luar ke dalam otak. Bila gula dalam darah sangat tinggi, ini akan merosakkan salur-salur darah dan juga saraf, menyebabkan orang yang menghidap kencing manis berisiko 2 kali ganda untuk hilang pendengaran berbanding orang biasa.
3. Gusi Berdarah
Selain dari gusi berdarah, pesakit kencing manis biasanya akan rasa macam gusi longgar di kawasan sekitar gigi. Itu adalah tanda penyakit gusi yang serius yang dinamakan sebagai periodontitis. Kalau tak dirawat dengan baik, maka memang tinggi sangat potensi untuk hilang gigi.
4. Mulut Kering dan Bengkak
Bila gula dalam darah tinggi, menjadikan mulut akan hilang lembapan. Mulut akan rasa sakit, bengkak, dan mudah dijangkiti bakteria. Kena rajin berus gigi dengan betul dan berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali.
5. Penglihatan Jadi Kabur
Membaca akan jadi makin susah. Bila malam pulak, akan mula nampak macam ring cahaya pada lampu-lampu.
6. Kulit Jadi Kering dan Merekah
Bila gula dalam darah tinggi, kulit jadi kurang keupayaan untuk kekalkan kelembapan kulit. Maka, kulit akan jadi kering dan gatal. Bila kulit kering, ia merekah pulak. Rekahan-rekahan kulit akan sebabkan bakteria pulak senang masuk ke dalam kulit. Ada jugak orang yang jadi tumbuh ruam, bisul, dan berkuping.
7. Tangan dan Kaki Terasa Kebas dan Semut-semut
Ini jadi sebab saraf rosakkan signal antara otak dengan bahagian tubuh yang jauh-jauh macam jari kaki dan jari tangan. Akan terasa macam dicucuk-cucuk dengan pin, atau jarum. Tapi jari dan kaki tak rasa panas, sejuk, sakit atau pun tekanan ke atas lantai bila berjalan. Sebab tu lah otot kaki terasa lemah dan tak stabil bila berjalan.
8. Berpeluh dengan Banyak
Mereka yang ada kencing manis ni biasanya berpeluh dengan sangat banyak berbanding biasa, terutama pada waktu malam dan juga ketika makan. Ada juga pesakit kencing manis yang langsung tak berpeluh walaupon pada waktu yang sangat panas. Berpeluh sebenanrnya mekanisma badan yang baik untuk menyejukkan badan. Ini jadi sebab kelenjar peluhd ah pun rosak akibat gula yang tinggi dalam darah.
9. Selalu Pening Dan Rasa Macam Nak Pitam
Ini selalu jadi bila mana pesakit bangun dari duduk atau baring secara mendadak. Jantung jadi degup laju sangat, sesak nafas, sakit dada, mata tiba-tiba tak nampak. Puncanya, sebab darah tak sampai ke otak, atau pun darah perlahan untuk sampai ke otak.
Jadi, apa patut kita buat untuk kawal gula dalam darah?
Sakit kencing manis takkan boleh sembuh sebab penyakit ni tergolong dalam jenis penyakit yang melibatkan kemerosotan fungsi organ (pancrease) dan merupakan penyakit kronik. Makna kata, bila dah diagnose sebagai pesakit kencing manis, sel-sel tubuh pesakit sebenarnya dah pun berubah, genetiknya juga berubah sehingga gagal untuk memetabolisme kan glukosa.
Walaubagaimanapun, jika penyakit ini dapat dikontrol dengan baik, pesakit masih dapat menjalani kehidupan yang sihat. Cara untuk kontrol kencing manis adalah, dengan:
- Mengurangkan pengambilan glukosa @ gula dalam pemakanan harian,
- Mengurangkan pengambilan karbohidrat,
- Mengurangkan makanan berkalori tinggi,
- Makan dengan gizi seimbang,
- Bersukan dengan teratur dan kerap
- Makan ubat dan mengikut arahan doktor
- Cucuk insulin (atas nasihat doktor) untuk pesakit yang kronik.
Bagaimana Vivix Shaklee dapat Membantu Menurunkan Gula dan Mengawal Gula Dalam Darah?
1) Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”) Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak. Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.
2) Mengawal kepekatan gula dalam darah
Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.
Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.
3) Menggalakkan penyembuhan luka dengan segera
Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.
Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.
4) Mencegah pembentukan protein AGE
Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.
Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.
Blogger Comment
Facebook Comment