Jom Ketahui Taktik Kotor Lelaki Gatal/Miang..!! [Baca Dan Sebarkan..!!]



Jom Ketahui Taktik Kotor Lelaki Gatal/Miang..!! [Baca Dan Sebarkan..!!]


[##]Awas! Lelaki gatal ini bukan mahu menjalinkan hubungan yang serius, tetapi hanya sekadar memberi keseronokan kepada mereka. Jadi para wanita diluar sana, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan lelaki jenis ini.


Ciri-Ciri Lelaki Gatal!


#Pertama : Kacak & Bergaya

  • [##]Kebanyakan lelaki gatal ini mempunyai rupa yang kacak dan cukup maskulin pada penampilan. Mereka sangat menjaga penampilan kerana itu cara mereka memikat wanita. Jadi, jika anda terpikat dengan seorang lelaki kacak, selidik dan kenali dahulu mereka dengan lebih dalam sebelum anda meneruskan perhubungan dengan lebih serius.


#Kedua : Ramai Teman Wanita

  • [##]Lelaki jenis ini tidak akan pernah setia pada teman wanitanya. Mereka sering bertukar ganti teman wanita seperti bertukar pakaian. Biasanya mereka susah untuk menunjukkan komitmen dalam perhubungan. Setelah mendapat sesuatu yang memuaskan, pasti dia akan meninggalkan anda.


#Ketiga : Sukar Dihubungi

  • [##]Lelaki jenis ini sukar dihubungi ketika dia keluar bersama wanita lain. Mereka akan ‘silent’ atau matikan telefon mereka agar tidak diganggu teman wanitanya lain.


#Keempat : Perahsia

  • [##]Kebanyakan lelaki gatal ini sangat berahsia. Termasuklah hal-hal peribadi si dia seperti keluarga. Biasanya bila anda bertanya, mereka akan mengelak dengan membiarkan sahaja soalan anda atau menukar topik perbualan anda. JIka anda memaksa, pastinya mereka akan naik angin!


#Kelima : Gemarkan Perbualan Kotor

  • [##]Mereka gemar berbual tentang seks walaupun di awal perkenalan anda. Jika si dia suka berjenaka, pastinya jenaka itu ada berbaur lucah.


#Keenam : Berani

  • [##]Jika perkenalan anda dan si dia masih di peringkat awal tetapi sudah bersikap “daring” seperti memegang tangan dan memeluk pinggang, awas! Lagi lama anda bersama dia, lagi “daring” sikap si dia.


#Ketujuh : Meminta Yang Bukan-Bukan

  • [##]Biasanya si dia gemar mengajak anda pergi ke tempat yang gelap, mengajak anda menemaninya masuk ke rumah atau menggoda anda dengan memuji kecantikan anda untuk mendapatkan seks. Selepas mereka dapat, pastinya mereka menghilangkan diri daripada anda!


#P/S :

[##]Tidak semua lelaki bersifat demikian tetapi sebagai wanita, anda haruslah menyelidik latar belakang si dia dahulu. Sekurang-kurangnya anda mengenali keperibadian lebih dalam dan dapat mengelakkan anda ditipu oleh mereka.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment