Ekslusif Gambar Perkahwinan Jep Dan Sari Yanti


KUALA LUMPUR - Sari Yanti hari ini memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan Jep Sepahtu sedang melafazkan akad nikah mengesahkan desas desus pasangan ini telah sah menjadi suami isteri, lapor Roti Kaya

Difahamkan, pasangan ini bernikah di Dewan Mercu Mustapha Kamal jam 11.50 pagi tadi yang diakadkan oleh bapa Sari Yanti, Dato Mohamad Nazari. 


Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja. 





Sari Yanti sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Edy Casmadi namun hanya bertahan selama lima tahun selepas mereka bercerai pada tahun 2014. 

Hasil perkahwinan pertama, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aliy dan Basit Al-Haq. - The Reporter

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment