"Terima kasih pada yang pernah menghina saya" - Nur Sajat

Nama Nur Sajat rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Transeksual yang pernah mengejutkan netizen suatu ketika dulu apabila dia nekad untuk mengenakan hijab setelah terbabit di dalam sebuah kemalangan dan pada awal tahun ini, Nur Sajat kembali menjadi bualan netizen apabila dia membeli rumah Dato’ Aliff Syukri pada harga RM7 juta.
Terkini, Nur Sajat melalui laman Instagram beliau telah memuatnaik gambar berupa surat daripada pihak hospital yang mengesahkan jantina beliau sebagai seorang wanita.
Surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Hospital KPJ Ampang Puteri itu telah ditandatangai oleh Dr. Khateeja Alavi binti Syed Alavi Thagal yang merupakan seorang doktor pakar yang bertugas di hospital tersebut.

Tiada lagi spekulasi


Selesai untuk segala nya…terima kasih mak ayah kerana teman sajat untuk urusan ini..
Amin🙏🏽😔….. saya tak minta lebih,saya tak minta jadi macam ini…tapi saya bersyukur mempunyai keluarga yang sangat memahami saya..biar lah mereka terus berkata,saya dah buat,report khas pun ada pada yang pakar..amin

Kini bebas menjadi seorang wanita



Terima kasih pada yang pernah menghina saya


Terima kasih yang suka hina saya…hina dan gelak lah saya..saya kat sini,hanya senyum apa yang ada suka bercakap pasal saya…yang gelak dan suka kondem2 saya,ada saya ambil kisah..kisah saya hanya nak majukan diri sahaja..lebih positive…
Jangan terlalu banyak cakap,klu terlalu banyak ckp pun,kadang2 tak sedar diri kita dah banyak ketinggalan ke belakang tau… yang penting… ada ku kesah


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment