Bantulah adik Aqif yang menderita penyakit Epidermolysis Bullosa


SELAYANG, SELANGOR - Sayu dan sedih melihat keadaan kanak-kanak lelaki ini yang menghidap Epidermolysis Bullosa, viral di media sosial hari ini. 

Mendengar tangisannya menahan kesakitan, sudah cukup membuatkan hati ini terasa sedih, apatah lagi bila melihat keadaan luka di kaki kanannya itu. 

Aqif, 4, menghidap penyakit kerapuhan kulit sejak dari lahir lagi. Sewaktu Aqif berusia setahun, kulit di tangannya baru tumbuh. Namun, kulit kaki kanannya masih belum tumbuh sehingga ke hari ini. 


Posted by DyLa DarnieyLa E'Neyl Awish on Thursday, 9 February 2017

Difahamkan, Umi Umeera dan suaminya dikurnian tujuh cahaya mata. Empat anaknya dijaga sendiri, seorang lagi dibawah jagaan ibunya, manakala dua lagi anaknya telah meninggal dunia kerana penyakit Epidermolysis Bullosa. 

Bapa Aqif bekerja sendiri, Umi pula hanyalah seorang surirumah tangga yang menjalankan perniagaan secara talian bagi menampung perbelanjaan rawatan Aqif. Hasil berniaga online hanya dapat menampung membeli susu Aqif. 




Menurut perkongsian Umi pada Nor Halmi Ahmad, sebelum ini mendapat mendapat bantuan RM450 setiap bulan dari satu jabatan, namun permohonan pada tahun ini tidak diluluskan. 

"Bukan rezeki Aqif lagi. Mungkin ramai yang lebih memerlukan dari Aqif," jawabnya pada persoalan Halmi. 

Kos perbelanjaan perubatan Aqif mencecah RM4,000 sebulan. Rawatan pada Aqif dilakukan oleh ibu bapanya di rumah. Kulit Aqif perlu di dressing dua kali sehari. Jika tidak, ia akan bernanah dan berbau.


Posted by DyLa DarnieyLa E'Neyl Awish on Thursday, 9 February 2017

Justeru, kepada orang ramai yang ingin membantu, bolehlah menghubungi Umi Umeera melalui Facebook atau menghubunginya di talian 017-6494405. 

Bagi memberikan sumbangan wang, bolehlah disalurkan ke akaun bank 562405616166 (Maybank) di atas nama Umi Umeera bt Mazlan. 

Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas baik jasa anda yang membantu pasangan ini merawat anak mereka yang menghidap penyakit kerapuhan kulit ini. Semoga Aqif cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment