
Alangkah indahnya, jika harus membayar 20 sen sekalipun, kita mendapat manfaat ketika hendak membawa barangan yang dibeli dan kepada alam sekitar, berbanding nilai 20 sen yang dikenakan untuk “mencemar” alam sekitar. Kan?
Lucu bila kerajaan negeri Selangor yang bercita-cita untuk mesra alam, tetapi masih membiarkan plastik sebagai pilihan utama kepada rakyatnya. Bukankah lebih baik dihapuskan terus? Jika benar ingin mesra alam, mengapa tidak kerajaan negeri mengenakan caj RM1 atau lebih untuk satu beg plastik? Memang mahal, tetapi itulah caranya jika benar-benar mahu menghalang rakyat Selangor menggunakan plastik.
Apa muslihat kerajaan negeri?
Rata-rata netizen mengecam kerajaan negeri Selangor yang mengenakan caj tersebut. Nilai 20 sen dianggap kecil, namun jika didarabkan dengan kepadatan penduduk Selangor, berapakah nilai keseluruhan yang diperolehi setiap hari?
Apakah kerajaan negeri, yang mengeluarkan arahan demikian, pernah mengeluarkan kenyataan tentang berapa banyak kutipan hasil dari perlaksanaannya? Untuk makluman, sebelum penguatkuasaannya, perkara tersebut telah pun dikuatkuasakan pada setiap Sabtu, maknanya, “kutipan hasil” telah pun dibuat sebelum ini.
Alasan yang diberi, kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk menentukan ke mana wang kutipan itu bakal didermakan untuk tujuan CSR. Terserah kepada peniaga kononnya. Menguatkuasakan undang-undang yang melibatkan pengumpulan dana, tetapi tiada mekanisme yang mengawal urusan penyaluran dana kepada badan-badan amal ini?
Wowwww… untungnya peniaga di Selangor. Kalau peniaga tidak salurkan kepada program CSR sekalipun, tentu kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa, kan?
Harapan rakyat Selangor agar kerajaan negeri, yang bertanggungjawab menguatkuasakan perkara tersebut, turut sama memantau ke mana dana tersebut diagihkan. Kata telus dan bertanggungjawab, jadi di mana pemantauan dan laporannya?
Dengan penguatkuasaan secara mendadak yang menghasilkan kutipan dana yang banyak secara tiba-tiba, janganlah pula hendaknya peniaga-peniaga terbabit mendermakan hasil kutipan kepada kerajaan negeri kelak.
Penulis sudah lama menggunakan beg mesra alam, yang diperbuat dari kain guni dan bahan mudah lerai. Itu lebih baik untuk alam sekitar, selain terhindar dari segala kemungkinan dan muslihat yang mungkin ada.
Blogger Comment
Facebook Comment