(Video) 'Sahabat Hingga Akhir Hayat'


CALIFORNIA - Sayu melihat saat ketika seekor anjing 'mengucapkan' selamat tinggal kepada tuannya yang telah meninggal dunia.

November lalu, Ryan Jessen, menyangka dirinya mengalami migrain biasa namun dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan dalam otak dan tiada tanda akan pulih semula. 

Kesemua ahli keluarganya datang ke hospital untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Ryan pada 30 November lalu. Malah, kakitangan hospital juga bersetuju untuk membenarkan ahli keluarganya membawa anjing kesayangan Ryan untuk tujuan itu. 


The hospital did the sweetest thing for us and allowed us to bring my brother's dog in to "say goodbye" so she'd know why her human never came home. If you knew my brother, he really loved his sweet dog. (So many people have asked - He thought he had a migraine, but it was a ventricular brain hemorrhage. They think it was brought on by high blood pressure, and there's speculation that his frequent consumption of energy drinks may have contributed. THANK YOU to everybody for the outpouring of support, but I won't be responding anymore. We are sincerely touched and humbled by others' stories, their sharing in our sadness and the kindness of so many people. Don't worry about the dog! We're keeping her!!! She's part of the family.) To use this video in a commercial player or in broadcasts, please email licensing@storyful.com
Posted by Michelle Jessen on Thursday, 1 December 2016

Video saat ketika Mollie sayu melihat tuannya itu dimuat naik ke laman Facebook, telah menyentuh hati ribuan penontonnya. 

"Syukur pihak hospital memberkan kami membawa Mollie datang berjumpa dengan tuannya buat kali terakhir dan agar dia tahu mengapa Ryan tidak pernah pulang ke rumah," kata adiknya, Michelle Jessen di Facebooknya pada 1 Disember. 

Dengan keadaan ekor Mollie di bawah celah kakinya dan telinganya ke bawah serta wajahnya yang sedih melihat Ryan, cuba mencium lelaki itu apabila dia diangkat ke atas katil. 




Video yang dimuat naik itu telah ditonton sebanyak 10 juta kali dan dikongsi 91,000 kali. 

"Usah bimbang mengenai Mollie, kami tetap akan menjaganya. Dia adalah sebahagian dari keluarga kami," kata Michelle. 

Menurut Michelle, doktor memaklumkan bahawa pendarahan otak pada abangnya itu disebabkan tekanan darah tinggi dan tidak menolak kemungkinan kekerapan Ryan mengambil minuman bertenaga menyumbang kepada kejadian itu. - The Reporter

Sumber: Daily Mail
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment