Ikan lumba-lumba itu juga dipaksa melakukan pelbagai aksi yang sukar dan seorang lelaki bertindak memukulnya selepas gagal melakukan aksi tersebut.
Beberapa haiwan lain seperti beruang dan memerang juga dipaksa melakukan beberapa pertunjukkan sebelum dimasukkan ke dalam kandang kecil dan dimuat naik ke belakang sebuah trak.
End the traveling dolphin circus in Indonesia
End the traveling dolphin circus in Indonesia Watch, share & sign the petition: https://goo.gl/tZtXu9 #StopSirkusLumba
Posted by Ric O'Barry's Dolphin Project on Tuesday, 18 October 2016
Video tersebut dirakam dalam sebuah sarkas bergerak di Indonesia yang dimuat naik oleh Ric O'Barry's Dolphin Project.
"Sangat sukar dipercayai, ikan lumba-lumba yang digunakan dalam sarkas bergerak itu mendapat sambutan yang hangat di Indonesia.
"Sungguh kejam, Selepas tamat membuat persembahan dalam kolam plastik itu, ikan lumba-lumba itu akan diletakkan di belakang trak dan bergerak pula ke bandar-bandar lain.
"Keadaan itu boleh menyebabkan haiwan berkenaan mati akibat stress melampau dan penjagaan yang tidak betul.
Antara contoh pentas sarkas bergerak yang popular di Indonesia. |
Pengasas Jaringan Bantuan Haiwan Jakarta, Femke Den Haas berkata, apa yang dilakukan terhadap ikan lumba-lumba itu adalah kejam dan tidak boleh diterima.
Ikan lumba-lumba ditangkap dengan cara seperti ini sebelum dipindahkan ke 'sangkarnya' dan diletak di belakang lori. |
Menurut Ric O'Barry's Dolphin Project, terdapat 72 ekor ikan lumba-lumba yang ditangkap secara haram di negara itu yang dijadikan sebagai haiwan sarkas bergerak yang popular di Indonesia. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment