Baru-baru ini seorang wanita bernama Ying terlibat dalam kemalangan di jalan menuju ke Genting Highlands. Menurut Ying, kereta yang dipandunya ketika itu hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan.
Apa yang mengejutkan ialah, sebuah trak tunda terus muncul hanya beberapa ketika kemalangan itu berlaku seperti mana mereka tahu bahawa akan berlakunya kemalangan di situ.
"Ada sesiapa yang pernah mengalami kejadian seperti yang saya lalui ini di mana jalan raya disimbah dengan minyak?" soalnya.
Status yang dimuat naik oleh Ying | Foto - worldofbuzz |
Selepas kemalangan itu berlaku, perasaan curiga mula timbul kerana mangsa dalam perjalanan ke atas apabila kemalangan itu berlaku. Secara teorinya, peluang untuk kereta mangsa berpusing dan hilang kawalan ketika memandu ke atas adalah rendah. Lalu mangsa percaya bahawa kemalangan itu telah dirancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengambil keuntungan dari kemalangan yang berlaku itu.
Mujur mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Bagaimanapun, kenderaannya rosak teruk akibat kemalangan itu.
Bagi mencari kebenaran, Ying memuat naik gambar kejadian di media sosial dan mencetus pelbagai reaksi netizen.
Ada segelintir netizen mendakwa kejadian itu didalangi oleh pekerja trak tunda yang menyimbah minyak di jalan raya. Bila berlakunya kemalangan, mereka dengan sewenang-wenangnya boleh mendapat keuntungan dari RM3,000 - RM5,000 dari mangsa.
Lapor worldofbuzz, kegiatan sekumpulan pekerja trak tunda ini kerap berlaku di beberapa kawasan berlainan seperti Subang, Ulu Yam dan lebuhraya Karak selain Genting Highlands.
Pengguna dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu ke tempat-tempat yang tidak pernah dilalui. Pastikan anda sentiasa fokus pada keadaan jalan dan pemanduan agar tidak menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab ini. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment